Tuesday, May 10, 2011

Kisah Novel.

Salam.

Novel pertama yang aku beli waktu aku darjah 6 tajuknya 'Ria Qistina' .
Tentang budak perempuan tomboy yang nakal gila-gila yang menarik perhatian cikgu lelaki nama apa entah. Itu novel pertama aku beli sebab boring tak tahu nak buat apa lepas UPSR.


Masa tu musim budak beli novel. Lepas tu kitorang akan tukar-tukar. Habis UPSR memang tak tahu nak buat apa . Ada yang main Monoply, kad Happy Family, dam ular atau dam aji. Tapi budak urban macam aku and the gang, kitorang baca novel. Baru nampak matang bagi budak berumur 12 tahun.



Lagi best masa tu ada seorang cikgu yang kaki novel jugak. Nama dia Norafidah. Disebabkan kitorang sekepala, aku jadi rapat dengan dia dan berkobar-kobar untuk meneruskan kegiatan membeli novel cinta. Boleh kata setiap dua minggu aku akan pergi kedai buku untuk cari novel cinta. Fauziah Ashaari, Aisya Sofea, Sharifah Abu Salem itu semua novelis kegemaran aku. Kalau pergi kedai buku, tak tengok tajuk pun. Nampak nama diorang, aku ambil je novel tu.


Taste genre novel aku mula berubah masa aku tingkatan 2 kalau tak silap. Waktu tu aku bosan-bosan, aku geledah bilik abang aku. Aku terjumpa satu novel. 'Laaaaaaaa. abang aku pun baca novel rupanya'
Tapi novel tu lain. Tajuknya A.D.A.M.  oleh Ramlee Awang Murshid. Maskulin kan tajuk? Aku baca punya baca, pehhh memang best. Cerita tembak-tembak, bunuh-bunuh, lempang-lempang. Aku rasa thrill. Ini baru menarik! Tak ada la jiwang-jiwang. Sejak dari tu sampai sekarang, aku minat betul dengan novel encik Ramlee.


Pernah kan satu ketika dulu, demam novel Ayat-Ayat Cinta? Novel mesti beli waktu tu. Lepas AAC, banyak betul jenis novel macam tu kat pasaran. Biasalah, kena penuhi permintaan. Serius banyak novel cinta yang baik-baik macam ni. Tapi aku tak beli. Sebab.Sebab.. ini pun dalam kategori novel cinta konvesional macam kat atas. Bukan untuk aku novel macam ni.


Sekarang, mungkin atas faktor penuaan, aku mencari bahan bacaan -novel yang boleh buka minda.
Tak seronok la asyik cerita cinta tak berkesudahan. Sampai bila nak layan perasaan jiwang-jiwang ni? Sebab tu kalau nampak tajuk novel cinta yang over-over hiperbola  ni, aku geleng kepala je. Pening. Rasa muak. Semua manusia ni gila benar ke kejar cinta manusia? Macam tak ada isu lain dalam dunia realiti ni. Haihh.


Setakat ini, novel terbaik pernah aku baca ialah Sinergi. Sangat mantap pengisian yang Hilal bagi.
Nanti aku kongsi Insya-Allah. Aku tengah ulang baca ni. :)


Al-Quran pun tak habis hayati.
Pelik ah macam mana orang boleh bagi respon drastik bila baca novel?

No comments: