Saturday, May 21, 2011

Apa pun yang terjadi..

Satu hari tu, aku dan emak keluar dari lif kat rumah.

Bila dah keluar, aku nampak seorang budak
dalam usia 5-6 tahun menangis sambil kejar mak dia.

Kena tinggal agaknya.

Biasalah, anak kecil .





Bila aku nak masuk rumah, aku terdengar,
" Aku nak pergi hantar adik kau ni lah bodoh! Kau pergi balik sekarang! 
Eh bodoh! Bodoh betul la kau ni! "



Sentap.

Aku pandang mak aku.

Mak aku pandang aku,
dan senyum menggeleng.

Masuk ke rumah.









Terngiang-ngiang. Terbayang peristiwa tu.

Kecil-kecil dah disumpah seranah. Di'bodoh'kan kerana menangis nak ikut mak.


Dan kemudian,
Terfikir tentang bayi yang dibuang tepi jalan.

Atau dipam ke dalam tandas.

Atau dibalut kemas, diletak depan pintu rumah.

Semuanya datang sekali.





...masih, syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

1 comment:

ainaa said...

teruk betul mak mcm tu. ish