Sunday, July 20, 2014

Nilai AQ dalam hati kita.

Hari tu, aku pergi majlis berbuka puasa di rumah kawan aku.

Masa tu, ada beberapa orang saudara dia di situ.
Ada seorang kakak ni, dia bawa 3 orang anak.
Dua perempuan, seorang lelaki.

Budak lelaki ni berumur 3 tahun. Anas nama dia.
Anas ni aktif dia bukan main lagi. Mungkin sebab ruang tamu rumah tu lapang.
Berlari sana-sini, bergolek-golek, main bola.
Datang waktu kitorang nak solat tarawikh pun, sibuk dia ke hulu ke hilir berjalan atas sejadah.
Agak menganggu sebenarnya.

Habis solat tarawikh dua rakaat yang pertama, mak dia cuba panggil dia.
Biasa la, budak. Ingat mak dia nak ikut main dengan dia, lagi dia ligat dia berlari.
Kalau orang tak ada anak atau macam aku, memang naik suara jugak la.
Er tapi aku dah ok sikit sejak ada anak buah ni.


Mungkin dah penat sangat nak kawal Anas,
sampai satu momen tu, mak dia sebut perlahan kat diri sendiri;

'Innallaha ma'assobiriin.'

Aku macam...

Pergh..subhanallah kagumnyaaaa!


'Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar'

Secara zahir, aku memang nampak mak dia ni lembut je.
Panggil ummi pulak. Biasa kalau ibu/ummi ni, lembut sikit wataknya.
Tapi bila mak dia menutur ayat tu,
serius aku terkagum rasa terharu.

Al-Quran ni kalam Allah.

Mungkin ramai boleh baca.
Tak ramai yang faham maksud.
Lagi tak ramai yang mampu aplikasi.

Aplikasi Al-Quran dalam perbuatan, perkataan mahupun peringatan.
Apa yang kakak tu buat,
dia aplikasi Al-Quran dalam bentuk peringatan untuk diri sendiri.

Dalam keadaan spontan.

Hanya orang yang faham dan berpegang dengan pada Al-Quran sahaja yang dapat buat macam tu.
Dapat hafaz Al-Quran tu satu bonus, tapi berpegang pada Al-Quran tu nilai sebenar.


Sama-sama lah kita cuba.

Aku teringin berspontan gitu juga.

Melatah dengan zikir dan ayat Al-Quran, cool gak en?

:p

Cerita Kahwin

Cerita tak bermanfaat.
Sila beralih siaran jika yang anda cari adalah peringatan.

Perbualan janggal antara kau dan mak kawan-baik-lelaki-kau-yang-paling-baik-sejak-sekolah-rendah.

'Ni kad kahwin kakak ke, Ecah punya?'

'Kakak saya auntie. Saya belum lagi.'

'Ecah bila habis belajar?'

'Ermm. Dalam dua tahun lagi insya-Allah.'

'Ecah dah ada pakwe ke?'

'Mana ada auntie. Bayang pun tak ada. Heh.'

'Ok. Ecah jangan cari lagi tau. Auntie cop. Nanti tengok-tengok auntie hantar rombongan datang rumah.'

*Janggal tahap maksima*


Dalam satu keadaan, kau akan rasa ada satu garis halus yang tak membenarkan kau berperasaan dengan kawan baik lelaki/perempuan kau.

Kawan atau sahabat. Sekadar itu.

Mungkin kerana kau dah kenal keluarganya, kau tahu karakternya, atau kau mengharapkan sesuatu yang lain.
Entah la.

Benda-benda macam ni bagi aku, menakutkan.

--------------------------------------------------------------

Harap-harap tak masin mulut cikgu-cikgu sekolah rendah aku dulu.

*Sigh*

Ok meh aku bagi jugak laa satu pengajaran.

JANGAN bergaduh sangat dengan member lelaki kau.

-------------------------------------------------------------

Aku berazam kahwin nanti taknak guna duit mak ayah.
Simple pun simple la. 

Tuesday, June 3, 2014

Cerita biasa pt 1

Bismillahirrahmanirrahim.

Ada dua cerita  eh dalam ni.

Satu;
entri lepas aku ada cerita yang aku tak sambut harijadi.
Aku taip entri tu pagi.
Masa aku rasa 28 Mei hari tu seperti 28 Mei tahun-tahun lalu.

Rupanya petang tu,
ada dua orang makcik SMAKL ni buat kejutan depan pintu rumah aku.

Nurul Syamimi dan Nazratul Fareha,
terima kasih banyak untuk kejutan yang betul-betul buat aku terkejut.

Sebab rumah tengah kecah macam kena pecah.
Sebab aku tak sangka sangka ada dua manusia yang sudi luangkan masa dari UM dan Segambut.
Sebab aku baru keluarkan entri poyo tak kisah tak ada orang sambut harijadi aku.

Umur 22 pun dapat lagi belon-belon manis yang aku selalu tengok para hipster buat pada kawan mereka yang sama hipster.
Aku tak hipster, jadi tak sangka aku pun boleh dapat kejutan sebegitu sederhana tapi manis.

Malamnya,
mak ayah belanja pizza.
Aah. Itu pun hipster jugak.

Depa cool. 







Cerita dua;
aku deaktif sekejap Facebook.
Ni bukan la macam zaman kanak-kanak dulu, yang deaktif supaya orang tanya mana hilangnya seorang Cece.

Akhir-akhir ni aku dapat rasa hati dah semacam terikat sangat pada laman sosial, terutamanya Facebook, Instagram dan WhatsApp. Mujur dah awal lagi deaktif Twitter.

Woi banyaknya laman sosial kau Ce?

Rasa terikat yang keterlaluan tu,
sampai tahap bangun pagi-pagi,
hati gian nak buka FB dulu sebelum habiskan doa, nak baca WhatsApp dulu sebelum baca Al-Quran.


Peh.
Rasa yang sangat tak best, tahu?

Jadi, aku rasa kena buat sesuatu.
Aku tak mahu masuk Ramadhan dengan hati yang terikat dengan perkara dunia ni walaupun perkara tu mendatangkan kebaikan untuk manusia lain.
Maksud aku, ada je orang meningkatkan amal dengan baca artikel kat FB kan?

Aku tak boleh, jadi aku lepaskan diri.
Macam lukisan aku dalam Insta tu, yep. Itu kiasan apa yang aku rasa.
In fact, aku nak je lukis hati aku yang terkunci sebenarnya.
Tapi korang ni bukan boleh percaya. Mulalah kata aku ni nak kahwin la, rindu orang Mesir la.
EH.


Minggu ni kalau ke kelas, aku tinggalkan fon Android yang membenarkan aku untuk layari internet di mana sahaja di Menara SAAS.

Hari pertama, memang rasa sangat produktif. Rasa macam sem 1 diploma dulu.
Rasa tak terkongkong.
Bukan pakwe-makwe je buat kau terkongkong. Teknologi pun boleh buat,tahu?

Oh ni baru hari kedua. Heheh.


Ok tu je dulu. Aku ada cerita ketiga ni. Sambung entri lain supaya kau tak bosan.

Cerita biasa si Z pt 2.

Bismillahirrahmanirrahim


Cerita ketiga.
Dalam kelas akaun, madam buka cerita.
Bagi seorang pelajar akaun, lulus cemerlang dalam akaun seharusnya jadi perkara biasa la kan?
Untuk degree ni, kitorang dah diingatkan kertas paling kritikal adalah FAR450, semester 6 nanti.

Ada seorang hamba Allah ni, pelajar jurusan akaun, seorang lelaki. Namakan dia Z.
 Z ni berkebolehan jadi imam jugak. Dia selalu dapat panggilan jadi imam sekitar Shah Alam.

Masa madam cerita ni, aku tahu budak-budak perempuan kelas aku mata dah bersinar-sinar, hati dah kembang kuncup. Haha.


Kisah Z dan FAR450, dia dah ulang kertas ni sebanyak 3 kali.

Cerita madam, beliau pun dah cuba yang terbaik untuk bantu pelajar ni. Bukan setakat ajar dalam kelas, siap ada konsultansi satu-satu. Kata beliau, budak lelaki memang tak pernah tunjuk dia tak faham dalam kelas. Diajukan soalan, mengangguk semedang macam tak ada masalah langsung.

Sampai la dia gagal kali ketiga, dia kena bar.
Baru madam perasan yang dia ni ada masalah dalam subjek FAR450.
Bila madam tanya pada kawan-kawan Z, diorang kata Z memang lemah bab kira-kira.
Saaaaaaangat lemah. Macam aku.
EH.

Madam kata pada Z, pergilah merayu untuk ambil semula kertas FAR450 ni.
Dan Z ikut kata madam, dia merayu.

Alhamdulillah, pada percubaan ke 4 dan semester ke 10, Z berjaya lulus FAR450.
Lagi, lepas je Z grad, dia dapat tawaran bekerja dengan NAZA.
Dalam masa yang sama, disebabkan Z ni berkebolehan menjadi imam,
maka dia masih terima tawaran untuk jadi imam separuh masa.

Cool ait?


Moral of the story?

Satu;
Madam kata,
kebanyakan kita ni selalu rasa usaha sekali dua tu dah cukup, dan menerima satu kegagalan itu dirasakan sangat teruk.

Mungkin kita tak pernah jumpa manusia yang hidupnya sentiasa masuk gaung, luka sana dan sini.
Kalau pernah jumpa pun, kita suruh dia bersabar tanpa kita rasa faham pun. Kita rasa kesian pada si gagal, padahal itu tak perlu.


Kedua;
pergi baca maksud ayat Kursi. Nanti kau faham sesuatu yang dinamakan rezeki.


Ketiga;
kita selalu rasa kita boleh faham sesuatu subjek atau perkara, kerana KEMAMPUAN KITA sendiri.
Walhal, kefahaman yang kita dapat tu, ALLAH yang BAGI.
Kita tak sedar, sebab rasa mudah faham tu kita dapat kerana usaha kita.

Tidak.
Dalam menuntut ilmu, rendahkanlah hati.

Tanya balik diri kita,
setiap kali faham apa yang pensyarah ajar dan faham ketika mengulangkaji pernah tak kita ucap Alhamdulillah sungguh-sungguh?

Ataukah yang kita selalu sebut, ''Ohhhhh. Macam tu je rupanya. Ceh."

Hm?



Ok itu je aku nak kongsi. Semoga bermanfaat la untuk pembaca yang entah siapa.
Sebab aku terasa gak ni.