Hari tu, aku pergi majlis berbuka puasa di rumah kawan aku.
Masa tu, ada beberapa orang saudara dia di situ.
Ada seorang kakak ni, dia bawa 3 orang anak.
Dua perempuan, seorang lelaki.
Budak lelaki ni berumur 3 tahun. Anas nama dia.
Anas ni aktif dia bukan main lagi. Mungkin sebab ruang tamu rumah tu lapang.
Berlari sana-sini, bergolek-golek, main bola.
Datang waktu kitorang nak solat tarawikh pun, sibuk dia ke hulu ke hilir berjalan atas sejadah.
Agak menganggu sebenarnya.
Habis solat tarawikh dua rakaat yang pertama, mak dia cuba panggil dia.
Biasa la, budak. Ingat mak dia nak ikut main dengan dia, lagi dia ligat dia berlari.
Kalau orang tak ada anak atau macam aku, memang naik suara jugak la.
Er tapi aku dah ok sikit sejak ada anak buah ni.
Mungkin dah penat sangat nak kawal Anas,
sampai satu momen tu, mak dia sebut perlahan kat diri sendiri;
'Innallaha ma'assobiriin.'
Aku macam...
Pergh..subhanallah kagumnyaaaa!
'Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar'
Secara zahir, aku memang nampak mak dia ni lembut je.
Panggil ummi pulak. Biasa kalau ibu/ummi ni, lembut sikit wataknya.
Tapi bila mak dia menutur ayat tu,
serius aku terkagum rasa terharu.
Al-Quran ni kalam Allah.
Mungkin ramai boleh baca.
Tak ramai yang faham maksud.
Lagi tak ramai yang mampu aplikasi.
Aplikasi Al-Quran dalam perbuatan, perkataan mahupun peringatan.
Apa yang kakak tu buat,
dia aplikasi Al-Quran dalam bentuk peringatan untuk diri sendiri.
Dalam keadaan spontan.
Hanya orang yang faham dan berpegang dengan pada Al-Quran sahaja yang dapat buat macam tu.
Dapat hafaz Al-Quran tu satu bonus, tapi berpegang pada Al-Quran tu nilai sebenar.
Sama-sama lah kita cuba.
Aku teringin berspontan gitu juga.
Melatah dengan zikir dan ayat Al-Quran, cool gak en?
:p
No comments:
Post a Comment