Wednesday, July 31, 2013

Cerita Ramadhan sambil lalu

#Truestory1.

Masuk suatu tempat yang sesak dengan homosapiens,
setiap minit dan setiap langkah menapak
kau rasa kau kenal wajah-wajah asing yang mata kau lihat.

'Eh. Macam kawan aku..'
'Eh. Sebijik rupa..'
'Eh. Macam pernah jumpa dia ni..'


EH.
Ada kemungkinan sebenarnya kau tak menyahut arahan menundukkan pandangan.





------------------------------------------------





#Truestory2.

Area Jalan Tuanku Abul Rahman.
Menapak secara solo.


Setapak. Dua tapak.

Selamat, hari raya..
Hari untuk kita bersuka ria~



Ergh. Stress gak ni . Ada lagi berapa hari kot.
 
Apakan daya,
Masa tak akan kembali..
Hancur musnah lah
Semuanyaaaaa~



Peh ramai betul orang. Gigihnya menyelit.
 
Oo oo oo baaalik kampunggg
Oo oo oo baaalik kampunggg
Hati giranggg





*Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah*

Ah, biar la.
Jalan je Aisyah.


...............



Tidakku sampai
Ke puncak sana..
Apalah daya
Bertahan cuma
Di..
Pinggiran

Yang memilukannnn~~~





Argh.
Lagu kapok begini memang susah nak tolak untuk ikut nyanyi sama.
Terlayan pulak.

-..-










Salam pecutan Ramadhan 1434H !

Tuesday, July 23, 2013

Puasa.

Bismillah.

'Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah Kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan. (QS.Al Maidah 5:35)

Hari ke-15 Ramadhan.

Lain orang, lain definisi kejayaan bagi dia.

Ada orang, kejayaan itu bila setiap apa yang dia target, dia dapat.

Ada orang, kejayaan itu apabila dia berbuat, dia mampu istiqamah.

Ada orang, kejayaan itu apabila dia tak pernah lakukan, lalu dia mulakan.


Tak semua orang mampu habiskan 30 juz dalm 30 hari.
Atau bersedeqah setiap hari.
Atau solat setiap waktu.
Atau menahan rasa lapar dahaga.

Walaupun fizikalnya sempurna, tapi hatinya lompang.

Hati lompang bukan bermaksud hina,
selama mana dia berusaha cari jalan untuk perbaiki diri.

Setiap kita ada peluang masuk ke Syurga.
Everyone deserves Heaven.

Tak tahu bagaimana nak capai kejayaan?

Don't despair and never lose hope.

Ayuhlah. Mulakan.


:)

Fitnah.

Assalamualaikum wbt.

Memang unfair bila dari satu sisi kehidupan ni,
kita hanya ceritakan sebahagian sahaja kan.

Kita tinggalkan cerita itu tergantung,
lalu mewujudkan rasa sedih dan simpati orang
atau suntik rasa teruja tak berasas.

Kalau sekadar itu, tak apa juga.
Takut disebar-sebar sampai jadi fitnah.

Ni aku nak cerita sikit. Tak tahu la berkaitan ke tidak tapi nak cerita.




Masa aku KPTM dulu, aku kenal seorang pensyarah ni. Dia warden aku jugak.
Boleh kata aku ni kamceng habis dengan dia. Sampai sekarang alhamdulillah.
Aku ringkaskan nama dia FB --Serius ni singkatan nama dia weh. Bukan Facebook.

Bila aku dapat satu-satu cerita, aku akan kongsi dengan dia.
Pasal akademik, pasal budak rumah, pasal isu semasa, politik, apa yang aku baca. Kadang-kadang cerita entah apa-apa pun aku akan cerita dengan dia. Random Cece is random.

Tapi dia ni jenis sukaaaa bidas apa yang aku cerita.
Dia la pengkritik paling pedas dalam kalangan member aku.
Bila aku cerita je, 'Awak sure ke ini betul?'
Bila aku cerita je, 'Mana dalil?'
Bila aku cerita je, 'Tak mungkin lah ..'- lepas tu dia akan komen dengan perkara yang relevan yang aku tak terfikir pun.

Kadang-kadang aku rasa malas nak cerita dengan dia sebab asyik kena bidas je.
Ye la. Aku ni listener. Apabila aku bercerita, aku harap la orang akan jadi listener jugak kan.
Tapi FB ni la akan buat keterujaan aku terbantut, dengan suruh aku berfikir dalam setiap cerita aku lagi-lagi bila aku bercerita penuh emosi.

So, bila dah dilatih macam tu untuk lebih kurang 2 tahun setengah,
aku rasa jugak la perbezaan.

Bila mana aku nampak cerita cari isu di Fb, aku rasa malas betul nak share.

Isu baru-baru ni. Mende?

1. Alvivian - Bak Kut Teh.
Penghinaan untuk agama.

2. Anak mati lemas dalam kereta.

3. Budak sekolah rendah makan dalam bilik persalinan baju.

4.

and the list goes on.


Apa yang aku nampak, bila mana ada isu berbangkit, perkara pertama yang kebanyakan ambil ialah serang je dulu. Komen la apa kau nak, asal nampak kau sebahagian dari kebangkitan.
Bila ramai-ramai, semua pakat tulis ikut sedap tangan.
Ha macam aku sekarang la.
Suka hati je update kat blog.
Hoho.


Hampir setiap minggu ada je isu -- 'Apa pendapat anda?'

Kalau dah tanya pendapat, memang berdetak sampai pecah la keyboard meng-komen kan.

Kan sekarang kita boleh tengok apa orang komen pada satu-satu post kan?

Hari tu aku nampak orang yang aku hormati kerana kedudukan dia, komen pada satu post pasal anak mati lemas.
Aku klik la nak tahu pendapat dia.

Dia tulis ringkas je.





'Bodoh.'






Ok.
Faham dah.


Dah-dah la tu.

Pembaca blog aku, rasanya dah banyak kali aku ingatkan dalam entri aku; yang sebenarnya aku lebih ingatkan pada diri sendiri.
Elak lah bergaduh dalam laman sosial, untuk grup awam.

Read more, talk less.
Bercakap apabila perlu itu insya-Allah buat fikiran kau lebih matang dan boleh digunakan.

Jangan sebar FITNAH. Itu paling utama.

Dapat berita, tanya pada diri sendiri.
'Betul ke?'

Kalau kau jenis tak boleh tahan nak menyebar cerita, klik la share bila baca cerita pasal pergolakan kat Syria dengan Mesir tu.


----------------------------------------------------------


Aku nak update la yang aku dapat UiTM, dalam Perakaunan. Alhamdulillah.
Sebab member tanya, so aku baru teringat yang last entri tu aku buat cerita sedih pasal tak dapat tempat kat mana-mana universiti. Sedangkan masa tu ada satu lagi keputusan tak keluar. Keputusan penerapan UiTM.
Boleh la nak kata aku sedikit poyo masa tu.
Aku update, mana tahu kalau ada orang gosip pasal aku tak dapat tempat merujuk kepada entri hari tu; boleh cerita pasal apa yang terkni pasal aku.


Wednesday, July 10, 2013

UPU 2013

Bismillah.
Tipu la rasa tak sedih.
Tapi memang belum rasa.

Mungkin nanti, bila manusia dah berbondong-bondong
mengucap selamat memanjat menara gading rezeki mereka
baru aku mengongoi menangis macam dulu.

Ye. Macam SPM dulu.

Aku cakap pada adik-adik,
kalau tak berusaha bersungguh-sungguh,
ketemu gagal pun tak rasa apa.
Sebab tahu diri tak pernah berusaha.

Kalau usaha luar dari kebiasaan
sakit tu mesti ada.

Jadi,
aku yang pertama.
Bukan usaha akademik,
aku rasa mungkin aku tak berusaha membina hubungan yang baik dengan Tuhan.
Bersangka baik, tiada mahu meletak cita dan usaha.

Teruskan sahaja.
Isi borang rayuan ceritanya.



Bak kata sorang blogger ni,
 
 
Apelah kan, bukannye nak menagih dadah ke ape,
ni nak sambung belajar pun tak bagi =="


Hahah. Gelak besar aku dalam kedukaan ni.