Saturday, August 29, 2015

Positif Negatif

Kalaulah dinding Facebook ni terlihat dek mata kasar, mungkin sudah penuh langsung dengan setiap luahan manusia yang mendesak ingin dilihat -sangat- penting, kan?

Waktu aku rasa luahan aku ni cuma bisik hati sendiri, 
aku pilih untuk kembali ke dualapanlima yang disayangi. Gitu. 

---------------------- *** ------------------------

Aku tak faham kenapa sesetengah manusia suka menggandingkan perkara positif, dengan suatu yang negatif. 

Contohnya, 
1. Minta tolong
'Ce, tolong buka kipas tu. Aku MALAS lah.'
'Ce, basuhkan pinggan ni boleh? Aku MALAS lah.'

2. Respon pada manusia.
A: Sebelum ni aku susah nak bangun awal untuk Subuh. Tapi tadi aku berjaya bangun 5.30, lepas tu kejut laki aku Subuh berjemaah. Hepi gila. 

B: Kejap je tu. Esok lain pulak. (Gurau) <--kata dia. 

C:  Jangan bila bini datang bulan laki pun datang bulan.. harapnya tidaklah.. hahaha.


Contoh nombor satu tu kerap terjadi akhir-akhir ni. Sampai aku sound orang berkenaan. 
Serius stress aku dengar perkataan tu.  Elok ayat pertama, sudahlah. Kenapa nak sambung dengan ayat tak elok yang akan jadi doa pada diri sendiri?

Aku bukan orang yang rajin pun. 
Tengah nak improve banyak. 

Aku rasa nak suruh je orang yang menyebut perkataan tu buat titik hitam besar-besar pada kertas A4 setiap kali dia sebut. 


Friday, July 31, 2015

#TraPCE

Assalamualaikum. 

Pejam celik, dah nak tamat praktikal aku ni.
Ikut rasmi, bulan 7 dan berehat sebulan sebelum masuk PALAM semula. Memikirkan sebulan tu aku mungkin tak mampu nak produktif dengan disiplin, aku dan Syu terima untuk habiskan bulan 8 di firma ni. Dua budak praktikal dari UM; Che dan Fa'iz akan grad bulan 10. Che nak menikah dah, Fa'iz pula serap terus jadi staf tetap. Alhamdulillah. 

6 bulan yang mulanya terasa panjang, berlalu gitu je. Awal dulu, serius aku rasa tak mampu 'survive' apatah lagi dalam firma audit. Terbayang jadi dungu sorang-sorang dengan orang lain begitu cardasss meminta kerja. Dengan senior yang tak lokek ilmu, sanggup pecahkan tembok ke'senior'an tu, banyak perkara aku mampu lalui dan pelajari. Alhamdulillah. 

Kau bayangkan, bulan pertama praktikal je, company ni tengah sibuk menguruskan berbelas klien, sampai aku ditugaskan untuk siapkan audit penuh untuk satu syarikat kecil. Terpinga-pinga dibuatnya aku masa tu. Tak ada idea nak buat apa. Senior semua sibuk menguruskan kerja masing-masing. 
Kerja aku yang patutnya boleh siap dalam 2 minggu, aku ambil masa 2 bulan. Mujur jenis manager sempoi, faham kondisi seorang noob. Alhamdulillah, berjaya siapkan

Masuk bulan kedua praktikal, ada plot twist sikit. 
Cerita bab ni takde la best sangat. Cuma kalau ada rezeki berkekalan, aku dah jumpa la orangnya. Eh atau orang tu yang jumpa aku? Heh. 

Dah la kau Syah. Jangan nak menjiwang. 
Bagi aku bab ni menarik sebab aku pernah meluah cerita dalam post lepas-lepas yang mungkin dibaca dengan nada sedih oleh Mimi Adam. Kemudian dia bawa nama aku pi Mekah dalam doa dia.  

'Kita doakan awak, Ce.'

Aku rasa doa Mimi sedang dimakbulkan secara berperingkat. :)


Ok itu je pengalaman praktikal aku selepas 6 bulan. Kalau nak tahu lebih mendalam tentang praktikal yang aku lalui, boleh request logbook aku.
Haha.







Wednesday, April 1, 2015

Separa pergi.


Masih bertahan. 
Tapi tak tahu kalau aku masih mahu teruskan ini. 

Tak. 
Hati kata, 
'Bukan ini Syah.'


Gali. Terus cari. 

Sunday, March 1, 2015




Setiap manusia di muka bumi ni,
memperjuangkan apa yang dia percaya. 

Tiada siapa ada hak untuk menidakkan perjuangan orang lain. 

Kau boleh tegakkan prinsip kau selantang yang kau mahu.
Tapi bunuh pegangan orang dengan harapan untuk menang, 
kau patut telan prinsip tu sendiri.

Aku tak boleh terima la pemikiran 'Aku betul-Kau salah' ni.
Selama mana kau butakan mata dari ketempangan organisasi sendiri,
selagi itu kau bukan di landasan yang benar.