Friday, July 31, 2015

#TraPCE

Assalamualaikum. 

Pejam celik, dah nak tamat praktikal aku ni.
Ikut rasmi, bulan 7 dan berehat sebulan sebelum masuk PALAM semula. Memikirkan sebulan tu aku mungkin tak mampu nak produktif dengan disiplin, aku dan Syu terima untuk habiskan bulan 8 di firma ni. Dua budak praktikal dari UM; Che dan Fa'iz akan grad bulan 10. Che nak menikah dah, Fa'iz pula serap terus jadi staf tetap. Alhamdulillah. 

6 bulan yang mulanya terasa panjang, berlalu gitu je. Awal dulu, serius aku rasa tak mampu 'survive' apatah lagi dalam firma audit. Terbayang jadi dungu sorang-sorang dengan orang lain begitu cardasss meminta kerja. Dengan senior yang tak lokek ilmu, sanggup pecahkan tembok ke'senior'an tu, banyak perkara aku mampu lalui dan pelajari. Alhamdulillah. 

Kau bayangkan, bulan pertama praktikal je, company ni tengah sibuk menguruskan berbelas klien, sampai aku ditugaskan untuk siapkan audit penuh untuk satu syarikat kecil. Terpinga-pinga dibuatnya aku masa tu. Tak ada idea nak buat apa. Senior semua sibuk menguruskan kerja masing-masing. 
Kerja aku yang patutnya boleh siap dalam 2 minggu, aku ambil masa 2 bulan. Mujur jenis manager sempoi, faham kondisi seorang noob. Alhamdulillah, berjaya siapkan

Masuk bulan kedua praktikal, ada plot twist sikit. 
Cerita bab ni takde la best sangat. Cuma kalau ada rezeki berkekalan, aku dah jumpa la orangnya. Eh atau orang tu yang jumpa aku? Heh. 

Dah la kau Syah. Jangan nak menjiwang. 
Bagi aku bab ni menarik sebab aku pernah meluah cerita dalam post lepas-lepas yang mungkin dibaca dengan nada sedih oleh Mimi Adam. Kemudian dia bawa nama aku pi Mekah dalam doa dia.  

'Kita doakan awak, Ce.'

Aku rasa doa Mimi sedang dimakbulkan secara berperingkat. :)


Ok itu je pengalaman praktikal aku selepas 6 bulan. Kalau nak tahu lebih mendalam tentang praktikal yang aku lalui, boleh request logbook aku.
Haha.







No comments: