Sunday, January 9, 2011

perempuan jomblo

Bismillah walhamdulillah.

Aku ingat dalam beberapa minggu lepas masuk ni, aku tak nak balik rumah sangat.
Nak belajar duduk kat hostel. Bukan tak biasa. Sejak dari sekolah dulu selalu je stay hujung minggu. Takde rasa pun nak keluar jalan-jalan.

Tapi macam tak jadi.

Beberapa minggu lagi abang nak kahwin dah.
Bila duduk dengan mak, dia asyik kata risau banyak benda. Itu yang dia cerita dengan aku bila aku ada kat rumah hujung minggu je. Aku tak boleh bayang hari tak hujung minggu dia dok risau sorang-sorang. Fikir banyak benda. Kalau korang ada kakak atau abang yang dah declare nak kahwin, korang tau lah. Sejak minggu ni, aku rasa aku kena balik setiap minggu nak teman mak. Teman je. Beli baju, langsir, makanan. Benda simple tapi aku harap mak rasa ber'anak'.


Hari Jumaat hari tu bila aku sampai rumah je, aku tanya mak apa projek minggu ni.
Hari tu bila aku tanya kenapa mak jarang buat bakar-bakar ayam ke yang macam mewah sikit [sebab mak selalu masak simple je. Sayur air, ikan payis. Tapi sedap], dua tiga hari kemudian mak dah buat.

Minggu ni pulak, mak buat pizza. Ye, buat sendiri. Sambil-sambil tu aku mencelah buat kek cekelat. Kejap-kejap aku pukul telur, lepas tu abang kedua sambung pukul mentega, lepas tu abang sulung sambung pukul susu.
Gelak-gelak.
Sekali tengok macam family project. Serius happy. Kitorang jarang berkumpul sebab semua dah bekerjaya termasuk aku. Bila dah gather and share laughter isn't it the best moment to remember?

Malam tu, kitorang makan besar. Siap kek cekelat, makan kek.Sambil bakar pizza udang. Siap piza udang, makan sambil bakar pizza naget ayam. Siap piza naget ayam, bakar piza naget daging. Tiga piza kesemuanya.

Mak kata; 'tiga piza, 50 ringgit'. Em, terkedu kejap aku. Kalau lah sepanjang mak beri kasih sayang dengan masak kemas rumah jahit baju cuci tandas sidai kain basuh kain basuh pinggan selama ni mak nak cas, menangis aku. Semua tu macam kabur-kabur je dalam ingatan.

Tadi pulak, lepas masak makanan tengahari mak terasa nak buat ketupat pulut. Minta tolong ayah ambil
daun pisang. Masak nasi pulut, layur daun pisang, lap-lap.Buat ketupat, rebus. Lepas tu buat sambal ikan bilis lagi untuk cicah.




Entahlah. Sukar nak tandingi. Setiap orang pun akan cakap benda baik pasal mak dia walaupun kadang-kadang rasa geram ke, kecil hati ke. Padahal sikit pun tak layak nak cakap macam tu.
Dulu aku tak pandai masak. Malas betul nak masak. Tapi sekarang kalau boleh aku nak jadi secekap mak.

Bukan supaya aku dapat kawen cepat. No no. Tapi supaya mak boleh pencen dari kerja-kerja rumah. Biar aku ambil alih. Serius, aku rasa sampai bila-bila pun susah nak kejar mak.

Aku tak dapat banyak bantu mak sebab aku buat kerja memang lambat.
Sebaik-baik perkara yang aku dapat buat sekarang pun ialah teman mak waktu-waktu macam ni.



Selamat hari-hari, mak :)

Friday, January 7, 2011

dean list

Bismillah walhamdulillah.

Minggu pertama sem 2 tersangatlah menggembirakan untuk aku. Tak tau lah kalau perasaan ni datang sebab aku cuba bentuk jadi macam tu. Tak tau lah juga kalau perasaan ni hanya bertahan sebulan pertama atau seminggu pertama tapi aku kembalikan rasa syukur kepada Allah sebab ada juga semangat nak belajar. Tak rasa pun keputusan tu boleh bagi aku rileks. Aku ada sifat malas yang boleh menyerang bila-bila masa. Kena amalkan ma'thurat supaya sikap ni main kat tempat lain.


Setakat ni, masuk kelas ranking pertama yang orang kata kelas skema dan serius sepanjang masa taklah seteruk mana. Aku tau, ada kalangan member kelas baru ni bercita-cita nak tukar kelas supaya dapat kelas yang rendah sikittt daripada kelas sekarang kan Mamat?. Sama macam aku. Aku dah fikir jadi nerd lah, pasif lah blah blah blah. Lagi-lagi bila aku aku tengok sendiri budak dekan dari kelas lain yang sangat aktif bertanya itu ini pada pensyarah.

Hoi, berani kau ambil hobi aku ye? Nasib baik soalan kau bukan mengada-mengada dan bertujuan mengambil perhatian lecturer dan ada relevan. Kalau kau mengada-ngada nak cari publisiti, siap kau!
Itu lah amaran yang aku siap-siapkan dalam diri untuk mereka;budak dekan member kelas yang baru.

Masa sem 1 kan, tak ada masalah pun kalau datang lewat sikit sebab jarang budak nak duduk depan. Tempat duduk pun semacam dah fixed. Aku duduk depan papan putih bertemankan beg aku. Cuak tak cuak kena soal dengan lect, belakang kira. Penting tu bagi aku untuk duduk depan. Sekarang ni, awal pagi pun dah beratur bebudak depan kelas nak rebut seat depan. Dah tu, banyak tanya soalan pulak tu. Cis, memang dasar budak pointer tinggi. Tau aje rahsia kejayaan.


Sem 2 juga menarik sebab pensyarah-pensyarah yang aku dapat semua berlainan watak. Sukar nak dijangka. Biasalah kalau minggu pertama. Kelas for sure jadi macam bilik mayat. Dah lah sejuk. Kalau ada bunyi  cengkerik dalam kelas tu, mesti boleh dengar. Pensyarah yang best ni dah berjaya memecahkan iceberg dalam kelas mayat aku tu. Enthusiastic sungguh.
Aku bersemangat bila aku dapat rasa yang English aku boleh digilap semula dengan pensyarah yang nampaknya akan selalu berinteraksi dengan pelajar dalam bahasa Inggeris yang betul [Miss Bibi lah cikgu yang banyak ajar tentang attitude in English dulu-dulu]. Dan, juga pensyarah Finance yang sangat berpengalaman serta ada kebolehan untuk mengeksplain dengan sangat baik. Aku suka semua pensyarah sem 2 setakat ni (:




Oh ye. Dulu, aku rasa macam nak tukar kelas lain.
Habis minggu ni, rasa tak perlu dah. Aku dah boleh selesakan diri dengan kelas baru. Aku mungkin duduk terkebelakang sedikit. Atau result juga naik turun. Atau dah tak jadi talkative dan active macam dulu.Tapi aku tak peduli sangat. Aku bukan nak bersaing macam itu je pengakhiran dia. Matlamat aku, ilmu. Menjadi manusia itu lebih penting. Buat apalah aku perlu layan rasa takut tak mampu tu. Kalau dilayan, makin menggedik la dia. Jadi tak boleh bagi dia gedik sangat. Aku selalu cakap pada diri bila rasa takut tengok budak aktif bertanya dalam kelas, 'So what? Biarlah kau nak tanya apa pun. Aku boleh tumpang dengar. Menjadi pendengar yang aktif pun bagus ape. Aku tak bersuara tak bermakna aku buta. Aku tak kagum pada kau pun sikit pun sebab Allah bagi aku macam-macam dah. Apa yang kau dapat pun Allah yang bagi jugak. Bwekkkkk'.   Lepas tu aku akan rasa lega. Childish kan? Aku kena buat macam tu.


Lagipun, kenapa ada term 'budak pandai' eh? Aku rasa 'budak rajin dan lebih usaha' lebih sesuai.










Peoples do make mistakes. But, keep doing the same mistake is unforgiveable.

Sunday, January 2, 2011

Belajar rajin-rajin

3 Jan. Tarikh masuk sekolah.

Menarik kan bila mula-mula masuk sekolah? Kalau adik-adik yang baru masuk darjah satu, paling best tengok gelagat mereka.
Menangis ke, sengih melebar ke.. Comel betul. Teringat sikit-sikit pengalaman sekolah rendah dulu. Setiap awal tahun, tak sabar nak masuk sekolah. Ada baju baru, ada kotak pensel baru, ada beg tarik Barbie. Baju baru dah sedia untuk dikotorkan. Hari-hari seronok nak pergi sekolah jumpa kawan. Main kejar-kejar waktu rehat. Atau pergi perpustakaan penuhkan buku NILAM. Masuk ke kelas, dah sedia nak belajar sikit-sikit. Dulu aku tak minat Matematik. Bila kena hafal sifir, serabut kepala fikir macam mana nak buat. Sifir paling senang aku nak hafal pun sifir 5. Ayah stay up malam-malam nak tolong aku menghafal. Mak dari dapur jerit je kalau aku salah jawab. Pastu aku nangis. Mak aku garang oh. Heheh.

Sekolah rendah best sebab dari darjah satu aku dah jadi penolong kelas. Sampai darjah 5. Darjah 6, jadi ketua pengawas. Zaman kegemilangan.



Baru tengok berita yang tunjuk muka adik-adik tadi. Hari pertama masuk sekolah.
Mengimbau kenangan waktu comel dulu. Adik-adik darjah satu memang comel.





Adakah kecomelan menangis dan mencari kawan ni akan berterusan atau akan terhenti satu masa nanti bila semua kanak-kanak lebih suka bertemankan teknologi pada hari pertama persekolahan daripada ibu bapa sendiri ?


Saturday, January 1, 2011

1000 Jiwa 1 Hati

Alhamdulillah. Dah 11 tahun rupanya aku sambut tahun 2000. Sampai entah tidak umur ni ke tahun-tahun yang seterusnya. Tak tahulah. Agak-agak kalau aku mati kena serangan jantung ke,demam denggi ke, eksiden ke macam mana lah. Dah 6 tahun hidup , tapi banyak yang kurang. Tapi, aku tak sabar nak jumpa Rasulullah. Dunia sekarang menakutkan. Sangat menakutkan.


Ehm.
Selamat Tahun Baru Masihi 2011!

Macam mana ye kawan-kawan aku sambut tahun baru masihi yang tak payah sambut tu agaknya? Sebab di malam tahun baru masihi yang lebih baik utamakan tahun baru hijrah tu, aku berada di Masjid Negara. Aku attend satu program JIM  [mukadimah penuh makna.Cakap je la kau nak cerita pasal aktiviti kau kan.]



Tahun ni aku memang dah tekad, aku tak nak sambut tahun baru masihi camtu-camtu je. Ini tahun pertama sambut tahun baru sebagai budak kolej. Tapi kolej aku kosong. Budak-budak masih rindukan rumah dan aku elakkan diri dari jadi mangsa kesunyian kolej yang tak membina tu. Dengan gigih, pagi Jumaat aku menapak sorang-sorang dari Taman Shamelin pergi Masjid Negara.



3.30 petang, sampai MN.
Daftar-daftar. Taaruf taaruf. Solat-solat bermaksud solat Asar lepas tu Maghrib lepas tu ada tazkirah dan solat Isya'.

Malam, kami dikerah jalan cepat jangan lenggang lenggang bergerak ke Pusat Islam yang diorang panggil bangunan JAWI.
Oi, baru aku tahu Pusat Islam tu dah jadi stesen televisyen Al-Hijrah. Dulu, itulah tempat aku grad masa darjah 6 dulu. Tempat aku main lari-lari dengan member. Tempat cari makan tengahari bila dah akhir tahun. Kenapa akhir tahun? Sebab masa tu konon dah expert satu Masjid Negara. Tempat rehearsal Majlis Ihtifal. Tempat aku enjoy setiap kali Majlis Ihtifal.Tempat yang ustazah-ustaz tak bagi pergi kalau tak ada event sebenarnya. Hehe. Kelas Pendidikan Islam Masjid Negara memang best.


Nampak gah pulak TV Al-Hijrah sebesar-besar ni.



 1000 JIWA, 1 HATI nama program diberi.
Anjuran Raudhatus Sakinah dalam modul Anda Bijak Jauhi Zina.

Secara jujur, pertama sekali aku nak pergi sebab free. Kedua, aku mencari program yang lain dari apa yang selalu aku dapat. Dan ketiga, bila disebut 1000 Jiwa 1 Hati, aku dapat bayangkan aku akan dapat lihat satu suasana berbeza apabila belia yang berkumpul ini ada satu matlamat penghijrahan yang tinggi tak kira apa pun latar belakang mereka.  Mungkin ada SERIBU JIWA yang berbeza. Jiwa yang tenang, resah gelisah, murung, sentiasa ceria untuk menyembunyikan duka atau jiwa muda yang memberontak. Tapi ditundukkan jiwa yang pelbagai itu untuk bersama-sama menjadi SATU HATI.

Bagi aku, ini peluang untuk aku mengenali diri dengan berkenalan dengan orang lain. Biarpun sekadar melihat dari jauh.







Yang berada di pentas itu hanya sebahagian daripada seribu jiwa besar yang  hadir demi perubahan. Sebagai remaja yang rasa sendirian dalan pencarian ni, aku dapat lihat rupa-rupanya dunia luar ini masih ada yang sama rasa dengan aku. Rasa takut dengan cabaran dunia. Rasa perlukan bimbingan dan sokongan. Rasa ingin dicintai dan menyintai dengan SYARAT.
Yes, CINTA- itu topik utama untuk Talk Show Malam itu.




Aku sangka diskusi malam tu biasa-biasa. Mungkin akan keluar gambar dua tiga ketul kapel pegang-pegang tangan atau cemolot. Lepas tu tunjuk statistik anak luar nikah dan kemudian suruh peserta bertaubat insaf sendiri. Nangis-nangis. Pujuk dengan artis dan boleh balik.Tetttttt! Meleset macam pelesit sangkaan aku. Allah bagi lebih baik dan terbaik malam tu. Terbaik dari ladang. Dan terbaik daripada mereka dan keluarga mereka yang lompat-lompat di Dataran Merdeka.  Apa yang aku dan mereka dapat malam tu berbentuk perkongsian. Perkongsian yang sangat dekat di hati belia sebab semua pasti pernah melalui perasaan cinta ni tak kira perempuan atau pun lelaki, untuk kami yang berada di Dewan Pusat Islam itu apatah lagi kawan-kawan yang sibuk mencari cinta di KLCC dan Dataran Merdeka tu. Aku sebenarnya sangat pesimis dengan cinta sebab aku rasa boleh uruskan hal ni sendiri tapi bila fikir balik, kebanyakan remaja masih terigau-igau dengan cinta pelesu sesama manusia. 



Cerita cinta perlukan entri baru. Jadi mari teruskan :)



Kata Wardina[bertindak sebagai emcee], hidup ni penuh dengan kejutan. Aku teringat firman Allah yang sebenarnya selalu sediakan surprise dari arah yang tak disangka-sangka kepada hamba-Nya. Rezeki kitorang yang tak buang masa dan duit kat luar, dapat jumpa Maher Zain secara live. Alhamdulillah memang best la malam tahun baru aku. Yelah, Maher Zain je pun. Orang duk terjerit histeria tengok dia, kita tak payah la ikut sama kan. Just enjoy the crowd lah. Dapat tengok Maher Zain live beb! Free lagi. Hahah.
Dia singgah 15-20 minit je. Cukuplah untuk aku kata dia ada kualiti penghibur yang bagus. Cuma aku masih tak faham kenapa perlu histeria bila nampak dia.  




Peserta tu nyanyi Open Your Eyes dan Maher kata 'Masya Allah.Beguzz bangat!



Habis Maher Zain, ada Saff-One. Apa istimewa Saff-One untuk aku? Ada ustaz nasyid aku waktu aku sekolah kat Masjid Negara. Siap rakam suara. Itu kenangan. Kemudian ada Ibu Aisyah. Terfreeze kejap bila dia kata, 'Punya lah jahil umur dah 45 baru tahu kaki tu aurat. Berdosa kalau tak tutup. Ya Allah, ampunkahlah dosa 45 tahun aku ini'. Itu orang jahil. Kalau yang dah tahu ilmu agama asas ni pun banyak nak dolak-dalih nak cakap macam mana ye?









Sambung talk. Masih dalam topik yang sama dengan isi yang berbeza. Kenapa berlakunya zina?
Ye kawan-kawan yang selalu menulis karangan 360 patah kata, anda boleh mula menulis isi penting anda sekarang. Fikir sekali lalu pun tak apa. Bayangkan suasana ambang tahun baru jam 0000.

Adakah terbayang solat jemaah yang diimami syabab hebat di Dataran Merdeka? Atau rempit jemaah yang diketuai remaja kita?
Adakah antara manusia yang bernikah pada jam tersebut? Atau lebih ramai memilih untuk bersuka ria bertukar pasangan?
Adakah waktu tersebut anak muda bersama keluarga? Atau bersama teman berlainan jantina dalam kereta?
Banyak dah point aku nampak sebab aku tau member aku semua hebat dalam mengarang dan menulis. Tapi dalam kita memperkatakan tentang orang lain, cuba kita tengok, ada tak kita juga sedikit sebanyak tergolong seperti mereka? Nauzubillah. Moga Allah selamatkan kita ye.





Jam 12 malam, dapat jugak la dengar dum dam dum bunga api kat luar. Sementara kitorang dalam dewan, baru selesai berikrar;  KAMI BIJAK JAUHI ZINA!

Nak melintas jalan dari Pusat Islam ke MN, bersusun kereta tunggu giliran nak bergerak. Kasihan mereka kerana terbuang masa dalam kereta. Kitorang rilek-rilek je. Dapat tengok Maher pulak tu. Kikiki...
Jadi, balik bilik. Naum[tidur] untuk Qiam[bangun] untuk bersolat[walaupun sekadar dua rakkat]. Kalau tak tidur macam mana nak bangun ye tak? Tu pun kalau Allah izinkan lah.



Begitulah cerita sambutan tahun baru saya.
Terima kasih Ya Allah sebab pilih kami untuk jauhi unsur jahiliyah :)