Ehm.
Selamat Tahun Baru Masihi 2011!
Macam mana ye kawan-kawan aku sambut tahun baru masihi yang tak payah sambut tu agaknya? Sebab di malam tahun baru masihi yang lebih baik utamakan tahun baru hijrah tu, aku berada di Masjid Negara. Aku attend satu program JIM [mukadimah penuh makna.Cakap je la kau nak cerita pasal aktiviti kau kan.]
Tahun ni aku memang dah tekad, aku tak nak sambut tahun baru masihi camtu-camtu je. Ini tahun pertama sambut tahun baru sebagai budak kolej. Tapi kolej aku kosong. Budak-budak masih rindukan rumah dan aku elakkan diri dari jadi mangsa kesunyian kolej yang tak membina tu. Dengan gigih, pagi Jumaat aku menapak sorang-sorang dari Taman Shamelin pergi Masjid Negara.
3.30 petang, sampai MN.
Daftar-daftar. Taaruf taaruf. Solat-solat bermaksud solat Asar lepas tu Maghrib lepas tu ada tazkirah dan solat Isya'.
Malam, kami dikerah jalan cepat jangan lenggang lenggang bergerak ke Pusat Islam yang diorang panggil bangunan JAWI.
Oi, baru aku tahu Pusat Islam tu dah jadi stesen televisyen Al-Hijrah. Dulu, itulah tempat aku grad masa darjah 6 dulu. Tempat aku main lari-lari dengan member. Tempat cari makan tengahari bila dah akhir tahun. Kenapa akhir tahun? Sebab masa tu konon dah expert satu Masjid Negara. Tempat rehearsal Majlis Ihtifal. Tempat aku enjoy setiap kali Majlis Ihtifal.Tempat yang ustazah-ustaz tak bagi pergi kalau tak ada event sebenarnya. Hehe. Kelas Pendidikan Islam Masjid Negara memang best.
Nampak gah pulak TV Al-Hijrah sebesar-besar ni.
1000 JIWA, 1 HATI nama program diberi.
Anjuran Raudhatus Sakinah dalam modul Anda Bijak Jauhi Zina.
Secara jujur, pertama sekali aku nak pergi sebab free. Kedua, aku mencari program yang lain dari apa yang selalu aku dapat. Dan ketiga, bila disebut 1000 Jiwa 1 Hati, aku dapat bayangkan aku akan dapat lihat satu suasana berbeza apabila belia yang berkumpul ini ada satu matlamat penghijrahan yang tinggi tak kira apa pun latar belakang mereka. Mungkin ada SERIBU JIWA yang berbeza. Jiwa yang tenang, resah gelisah, murung, sentiasa ceria untuk menyembunyikan duka atau jiwa muda yang memberontak. Tapi ditundukkan jiwa yang pelbagai itu untuk bersama-sama menjadi SATU HATI.
Bagi aku, ini peluang untuk aku mengenali diri dengan berkenalan dengan orang lain. Biarpun sekadar melihat dari jauh.
Yang berada di pentas itu hanya sebahagian daripada seribu jiwa besar yang hadir demi perubahan. Sebagai remaja yang rasa sendirian dalan pencarian ni, aku dapat lihat rupa-rupanya dunia luar ini masih ada yang sama rasa dengan aku. Rasa takut dengan cabaran dunia. Rasa perlukan bimbingan dan sokongan. Rasa ingin dicintai dan menyintai dengan SYARAT.
Yes, CINTA- itu topik utama untuk Talk Show Malam itu.
Aku sangka diskusi malam tu biasa-biasa. Mungkin akan keluar gambar dua tiga ketul kapel pegang-pegang tangan atau cemolot. Lepas tu tunjuk statistik anak luar nikah dan kemudian suruh peserta bertaubat insaf sendiri. Nangis-nangis. Pujuk dengan artis dan boleh balik.Tetttttt! Meleset macam pelesit sangkaan aku. Allah bagi lebih baik dan terbaik malam tu. Terbaik dari ladang. Dan terbaik daripada mereka dan keluarga mereka yang lompat-lompat di Dataran Merdeka. Apa yang aku dan mereka dapat malam tu berbentuk perkongsian. Perkongsian yang sangat dekat di hati belia sebab semua pasti pernah melalui perasaan cinta ni tak kira perempuan atau pun lelaki, untuk kami yang berada di Dewan Pusat Islam itu apatah lagi kawan-kawan yang sibuk mencari cinta di KLCC dan Dataran Merdeka tu. Aku sebenarnya sangat pesimis dengan cinta sebab aku rasa boleh uruskan hal ni sendiri tapi bila fikir balik, kebanyakan remaja masih terigau-igau dengan cinta pelesu sesama manusia.
Cerita cinta perlukan entri baru. Jadi mari teruskan :)
Kata Wardina[bertindak sebagai emcee], hidup ni penuh dengan kejutan. Aku teringat firman Allah yang sebenarnya selalu sediakan surprise dari arah yang tak disangka-sangka kepada hamba-Nya. Rezeki kitorang yang tak buang masa dan duit kat luar, dapat jumpa Maher Zain secara live. Alhamdulillah memang best la malam tahun baru aku. Yelah, Maher Zain je pun. Orang duk terjerit histeria tengok dia, kita tak payah la ikut sama kan. Just enjoy the crowd lah. Dapat tengok Maher Zain live beb! Free lagi. Hahah.
Dia singgah 15-20 minit je. Cukuplah untuk aku kata dia ada kualiti penghibur yang bagus. Cuma aku masih tak faham kenapa perlu histeria bila nampak dia.
Peserta tu nyanyi Open Your Eyes dan Maher kata 'Masya Allah.Beguzz bangat!
Habis Maher Zain, ada Saff-One. Apa istimewa Saff-One untuk aku? Ada ustaz nasyid aku waktu aku sekolah kat Masjid Negara. Siap rakam suara. Itu kenangan. Kemudian ada Ibu Aisyah. Terfreeze kejap bila dia kata, 'Punya lah jahil umur dah 45 baru tahu kaki tu aurat. Berdosa kalau tak tutup. Ya Allah, ampunkahlah dosa 45 tahun aku ini'. Itu orang jahil. Kalau yang dah tahu ilmu agama asas ni pun banyak nak dolak-dalih nak cakap macam mana ye?
Sambung talk. Masih dalam topik yang sama dengan isi yang berbeza. Kenapa berlakunya zina?
Ye kawan-kawan yang selalu menulis karangan 360 patah kata, anda boleh mula menulis isi penting anda sekarang. Fikir sekali lalu pun tak apa. Bayangkan suasana ambang tahun baru jam 0000.
Adakah terbayang solat jemaah yang diimami syabab hebat di Dataran Merdeka? Atau rempit jemaah yang diketuai remaja kita?
Adakah antara manusia yang bernikah pada jam tersebut? Atau lebih ramai memilih untuk bersuka ria bertukar pasangan?
Adakah waktu tersebut anak muda bersama keluarga? Atau bersama teman berlainan jantina dalam kereta?
Banyak dah point aku nampak sebab aku tau member aku semua hebat dalam mengarang dan menulis. Tapi dalam kita memperkatakan tentang orang lain, cuba kita tengok, ada tak kita juga sedikit sebanyak tergolong seperti mereka? Nauzubillah. Moga Allah selamatkan kita ye.
Jam 12 malam, dapat jugak la dengar dum dam dum bunga api kat luar. Sementara kitorang dalam dewan, baru selesai berikrar; KAMI BIJAK JAUHI ZINA!
Nak melintas jalan dari Pusat Islam ke MN, bersusun kereta tunggu giliran nak bergerak. Kasihan mereka kerana terbuang masa dalam kereta. Kitorang rilek-rilek je. Dapat tengok Maher pulak tu. Kikiki...
Jadi, balik bilik. Naum[tidur] untuk Qiam[bangun] untuk bersolat[walaupun sekadar dua rakkat]. Kalau tak tidur macam mana nak bangun ye tak? Tu pun kalau Allah izinkan lah.
Begitulah cerita sambutan tahun baru saya.
Terima kasih Ya Allah sebab pilih kami untuk jauhi unsur jahiliyah :)
No comments:
Post a Comment