Wednesday, July 27, 2016

Bertanya Pada Tuhan

Kebanyakan masa dalam kita kehidupan kita,
jarang kita panjangkan persoalan, minta sungguh-sungguh jawapan atau klu daripada Tuhan.

Kita terlupa,
fatwa hati kita seharian banyak dipengaruhi nafsu dan kehendak hati.
Terbawa-bawa dengan rasa gembira, sedih, cinta dan benci sendiri.
Lalu, bila manusia datang pada kita menuntut kata,
terus sahaja ada jawapan;
'Ya.'
'Tidak.'
'Tengoklah.'

Kerana lupanya kita pada kalimah 'Dengan izin Allah',
maka kita rasa kita berhak berkeputusan.
Kemudian pabila datang jerat permasalahan, baru kita kenang-kenang kembali lemahnya pengetahuan kita tentang masa hadapan.

Bertanyalah pada Tuhan supaya kelak kau tak kesedihan.
Bertanyalah pada Tuhan supaya hidup sentiasa dalam keredhaan.
Bertanyalah pada Tuhan supaya kau merasa erti kebahagiaan.
Bertanyalah pada Tuhan supaya pengakhiran hidup tak tercampak dalam kebinasaan.



Allah,
jadikan kami hamba yang pabila datangnya pilihan,
istikharahlah yang pertama kami dahulukan.

Amin.

No comments: