Sunday, March 1, 2015

Ingin

Apa yang aku mulai sedar,
hidup ini tentang suatu garis masa yang terhad.

Kau kena pilih apa yang kau nak isi dalam bekalan kau bertemu Tuhan.
Dan, berbaloi tak kau pilih ini-buang itu; andai disoal pada akhir nanti?

Banyak masa aku terbuang dengan media sosial. Itu aku akui.

Checklist keinginan aku?
-Nak talaqqi kitab
-Nak menghafaz
-Nak mengembara/ backpack
-Nak belajar menjahit.

Nampak gebang kan?
Apadahal. Dah itu keinginan aku.
Dan keinginan aku sedikit sekali pada material alhamdulillah.
Dulu ya, aku nak baju nak tudung nak telefon canggih.
Hilang dah rasa tu.

Sekarang 23.
Menangis (secara literal) memikirkan masa ni kan?
Doodling antara pengubat aku, saat memikirkan aku ni bukanlah orang yang sesuai untuk dunia perakaunan.
Aku cuma mahu habis. Biar dunia akaun ni terdiri daripada ahli yang sejati.

Aku terbaca banyak manusia yang dalam pengajian kursus A,
kemudian bertukar ke bidang B yang dimahukan jiwa dia sejak dulu.
Bukannya tak pandai.
Soal rezeki, soal hati.

Waktu tu, label tak bijak atau lemah dalam pelajaran sekian-sekian;
dah tak relevan lagi.
 

No comments: