Wednesday, January 21, 2015

Berakhir di Januari

I don't know how to start this post.
It might be long.
Maybe.

And I warn you.
This is just one of the stupid-already-ended-one sided-childhood-love.
Bear with it or just simply close your tab.

----------------------------------
Cerita 1.

2004
Hotel Prescott. Kursus Pemantapan Ketua Pengawas. Hari pertama.
Dan aku dah nampak dia.

Sesi perkenalan para peserta dari sekolah-sekolah setiap zon.
Sentul, Bangsar, dan apa entah lagi dua.

Permainan perkenalan yang menarik.
Kau tulis nama kau, makanan kegemaran, dan nama sekolah. Lipat-lipat dan masukkan dalam satu kotak yang digerakkan sekitar dewan.
Kemudian, kau akan cabut satu kertas, dan tugas seterusnya adalah untuk cari pemilik kertas tersebut untuk bertukar biodata.
Masa tu, aku berharap betul dapat cabut kertas dia, walaupun dalam probabiliti yang mustahil.
Beratus kot budak pengawas dalam dewan tu! Berangan sendiri.

Aku mula redah ratusan kanak-kanak dalam tu, melaksanakan bahagian aku. Nampak gaya, bukan dia sebab di kertas aku, tercatat sekolah jenis kebangsaan.
Tepat. Aku dapat seorang murid perempuan cina.

Aku rilek ambil biodata dia.

Tak lama kemudian, dari kejauhan, aku dengar nama aku dipanggil-panggil.
Ah. Itu manusia yang dapat kertas aku. Siapa?

Dia.

AHY.
AisHa.

---------------

Cerita 2

Cikgu yang pernah mengajar di sekolah aku, Sekolah Jalan Bellamy,
rupanya guru pengiring dia untuk kem pengawas peringkat zon tu.

Zaman 2004, darjah 6 pulak tu.
Mana ada jalan nak hubungi.
Baguslah.

Tapi rupanya, nama dia ada dalam diari darjah 6 aku.
-------------

Cerita 3.

Sekolah menengah kami rupanya dekat.
Dia di Sejaya dan aku di SMAKL.
Lepas kursus pengawas, dan waktu ujian kemasukan ke SMAKL, ada kawan satu sekolah rendah dia jumpa aku dan tanya,
'Ni Aisyah eh? Sekolah Bellamy?
AisHa kirim salam'

Sejak daripada tu, aku rasa dia kawan imaginasi aku.
Entah wujud entah tidak manusia bernama Aism ni.

-------------
Cerita 4.

2007, tingkatan 3.
Ustaz buka offer trip SMAKL satu bas untuk siapa yang tak balik bermalam,
ke hari terbuka Sejaya.

Masa tu, ramai juga la yang tahu aku mencari kawan bernama AisHa di Sejaya ni.
Ada yang siap tolong cari lagi melalui kawan-kawan diorang.

Dan akhirnya,
aku jumpa. Nampak dari jauh. Takut nak menegur.

Dan sejak hari tu, nama AisHa seemed to be familiar among my closest friends.
SMAKLian to be specific.

---------------
Cerita 5

2008, tingkatan 4.

Program Biro Tatanegara, yang satu batch pergi, tapi entah macam mana aku dan beberapa orang lain, terlepas.

Bila balik dari kem BTN, Mimi Adam dengan Shida paling beriya-iya cerita pada aku.
"Ce! Kitorang jumpa AisHa!!!"

Dan siap beri pada aku nombor dia.

And that's how the friendship begun.

----------
Cerita 6.

SMAKL selalu jadi tuan rumah untuk forum remaja.
Aku tak pernah kisah pun sampai aku dapat tahu,
dia antara pesertanya.

Aku ponteng kelas kot bila dapat tahu giliran Sejaya.
Dia jadi moderator.
Aku ingat lagi tajuk diorang masa tu, 'Terowong SMART'.
Heh.

Nope. Tak bertepuk sebelah tangan.
Dia kenal aku.

And Mi Adam masa tu partner in crime.
Dan masa tu zaman Myspace.

----------
Cerita 7.

31 Disember 2008.

Kisah Perpustakaan Negara.
Itu paling aku tak akan lupa.
Berdiri berbual, dua-dua mengadap jalan raya.

Pertama kali berjumpa,
kali terakhir juga,

-------------
Cerita 8.

2009.
SPM.

Dia dapat 10A.
Ditawarkan masuk DQ. Kawan dengan Kori.
Dan Kori tahu banyak dari cerita aku.

Masa tu aku dah pernah jangka, dia mungkin akan pergi Mesir.
In fact, aku pun jangka dia akan masuk DQ.

And the prediction became true.

------------
Cerita 9

2010.

Aku sambung Diploma Akaun di KPTM.
Masa tu aku dah letak diri serendah-rendah tak layak nak ganding dengan dia.

10A masa tu. Heh.

But then,
the night before he boarded, he texted me;
informing he was in KLIA, getting ready to go.

Persoalan aku masa tu,
'Kenapa mesej kalau tak perlu, kan?
Kenapa nak beritahu?'

--------------

Cerita 10

2011-2014
Selalu berperang persoalan.
Masih samar.

--------
Cerita 11.

2015.

Aku kumpul segala klu yang mengatakan,
'Syah, sudahlah.'
Status WhatsApp,
Facebook.
Call me stalker.
Bila dah status WhatsApp jiwang-jiwang, dengan sebelah nama di Facebook ada nama perempuan,
aku dah tak terkejut.


20 Januari.
Segalanya tamat.

Aku ingat nak tunggu gambar kahwin dia je.
Tapi makin lama aku makin geram.
Jadi aku tanyakan terus.

Mujur dia bagitau.

--------------
Aku tak sedih.
Tak tahu kenapa.
Aku cuma rasa dia penakut.

Dia adalah kisah paling lama.
Kisah yang aku selalu dengar daripada orang.

Tak pernah keluar bersama,
tak pernah dengar suara.
Tapi entah sebab apa aku pegang nama dia.

Aku tak sedih.
Alhamdulillah.



Maaf aku kisahkan ini.
Mungkin aib.
Entahla. Aku cuma nak luahkan.

Kau kenal aku.
Dan sebahagian kalian kenal dia.

Doakan aku.



No comments: