Syauqi Mahyuddin. Coki.
Kawan Mimi.
Tak ada kaitan secara langsung dengan aku.
Bukan kawan sekolah.
Bukan kawan kolej.
Bukan kawan UiTM.
Bukan.
Tapi kerana dia,
Buat Mimi tersenyum semula
aku rasa dia adalah sebahagian orang yang aku terima dalam hidup aku.
Cuma dua kali aku pernah berjumpa dia.
Konvo Mimi.
Dan konvo aku.
Ironi kan?
Memang jarang aku bertegur dia.
Kalau berjumpa depan pun, tak tahu nak bualkan apa.
Sebab dia budak Art Design.
Aku rasa aku tak cukup cool.
Sampai dia pernah kata,
"Cece ni, depan-depan malu"
Mimi banyak cerita pasal dia.
Pasal mereka.
Aku tahu, Coki ni baik.
Tapi aku masih tak tahu nak bagaimana bila jumpa Coki.
--------------------------------------------
Cuma itu rupanya kenangan aku dengan empunya samaran bernama Coki.
Seperti kata kawan-kawan dia,
tugas Coki kat dunia ni dah habis.
Dan sejak hari aku terima berita kemalangan dia,
baru aku cuba 'kenal' siapa Coki.
Kau pernah dengar,
'The man who decided to change on 12th hour dies on 11th'?
Aku rasa itu kisah Coki.
Mungkin sebab itu,
senyuman terakhir itu la yang dia tinggalkan untuk ahli keluarga dan sahabat handai
supaya mereka berlapang dada.
Dan, terima kasih.
Kau ajar aku,
untuk bersihkan laman sosial aku.
Untuk peringatan yang mati itu datang tak diduga.
Moga baik untuk kau, Coki.
Aku menulis bukan kerana aku tak akan mati.
Aku menulis kerana kau, orang asing.
Yang datang entah dari mana,
membahagiakan kawan aku yang pernah jatuh.
Yang tak pernah janjikan dia perkara manis.
Cuma usaha yang diletak untuk halalkan hubungan kalian.
Itu aku respek.
Moga baik untuk kau, Coki.
Moga baik untuk kita semua.
Terima kasih Allah.
Untuk pernah hidupnya manusia bernama Syauqi.
No comments:
Post a Comment