Friday, September 13, 2013

Ujian kita.

Dan Kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. 
Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar”.{QS. Al-Baqarah (2): 155}. 

Sesekali diuji, terkujat dibuatnya.

Satu masa rasa cukup segalanya, satu masa kau nampak di mana lompongnya.
Cuba ingatkan balik kecukupan yang tidak sempurna ni satu nikmat.
Iman tak kuat. Melawan la kerjanya.

Banjir.

----------------------------
Ketakutan.
Kelaparan.
Kekurangan harta.
Jiwa.
Buah-buahan.

Lain-lain bentuknya. Kita hanya diuji dengan salah satunya.
Mengulanglah kau dengan ayat 2:286 tu.

Di satu sudut dunia, ada manusia hebat yang diuji dengan kesemuanya sekali dalam masa yang sama.
Nak kata apa?

Allah uji sesekali, biar kita sedar yang dunia ni sementara.
Sekejapan.

Kejar tak tergapai, kurang tak pernah habis.

Berusahalah Aisyah.
Berusahalah kita.
Untuk hadapi ujian Allah. Bersyukur lah kau dapat ingat Allah masa kau susah.
Itu tanda Allah mahu kau kembali.






1 comment:

Anonymous said...

Dan Alhamdulillah kalau kau ingat Allah masa kau senang, itu tanda hati kau tak mati.