Monday, August 19, 2013

Mesir.

Bismillahirrahmanirrahim.


In one of the conversations between me and seorang member ni,
dia tanya tentang hari Kiamat.
Tentang Mesir.


Dia tanya aku,
'ape yg kau buat selain double/triple up takwa kau?'

Terdiam jugak la sebentar.

Rasa bila nak menjawab tu, banyak yang membohong kalau kata aku banyak usaha.
Rasa macam tak ada.

Aku tak pergi demo.
Aku tak tukar DP.
Aku tak banyak kongsi di FB.

Tapi insya-Allah,
aku rasa lah, aku ada la membaca sikit-sikit pasal isu ni.
Dan aku rasa, pengetahuan isu semasa sangat penting untuk perbaiki diri.
Kalau faham apa yang berlaku, insya-Allah kau akan sungguh-sungguh mendoakan kesejahteraan untuk umat Islam.
Kau akan solat awal waktu, ubah akhlak jadi baik.
Takkan sampai hati nak melagho, spend masa untuk sesuatu yang kau yakin tak beri kebaikan,
atau semata untuk hiburkan hati sendiri.
Buat perkara yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang dilarang sebab itu je cara untuk doa diterima.

Secara jujurnya, aku sangat tak mampu nak tengok video yang banyak dikongsi tu.
Sejak zaman sekolah pun, bila ada tayangan Palestin kat surau, aku akan buat tak tahu.
Tutup mata, pandang karpet.

Aku dengar je. Sebab boleh la faham Arab sikit-sikit.
Aku rasa 'sakit' dengar luahan para pejuang, yet aku tahu aku selalu leka dengan dunia.
Apatah lagi kalau aku tonton tayangan tu, pasti-pasti aku rasa loser.

Cuma hari tu,
aku tertengok juga satu video pasal khutbah di Syria. Pasal Syiah.
Ayah kena tembak depan anak. Muslimah kena rogol terang-terang. In fact, ada seorang lelaki nak pergi selamatkan perempuan tu pun kena tembak waktu tu juga.
Kau bayang, perempuan dirogol tu kira umpan je untuk bunuh ramai muslim sejati.


Ah. Mind blown sungguh. 

Taubat la. Aku tak sekuat tu nak tengok semua tayangan berdarah.

Yes, Kiamat is coming.
Are we that ready for the Day of Judgement?
No, we're never ready.

But,
we should have been preparing from the day we know the fact.

Allah je tahu bila mana ada member yang ketuk inbox aku dan tanya permasalahan agama.
Atau share perkara bermanfaat di Facebook.
Aku rasa aku ni jahil, sebab orang lain berpusu-pusu tambah ilmu.

------------------------------

Manusia akan sentiasa memusuhi apa yang tak difahami.

Apa yang nyata sekarang,
musuh Islam serang dari segenap sudut.
Itu yang aku sangat perasan. Kalau agama ini tak bawa kebenaran, masakan bertubi-tubi serangan dilancarkan untuk agama yang satu ni?
Kenapa tak jatuhkan agama-agama lain?

Sebab hanya kebenaran Islam yang dah termaktub dalam setiap kitab mereka.
--Yang sebenarnya diselewengkan pun.


Kalau kau rajin baca post aku yang panjang ni,
aku berbesar hati untuk kongsi ini.
Siap map lagi untuk kau buka mata, apa yang Islam sedang hadapi di luar sekarang.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10200106591457530&set=a.3396380798280.2122943.1532546686&type=1&theater


Luar. Bukan Malaysia.
Di satu sudut Malaysia ni tengah sibuk prepare untuk konsert Metallica.



No comments: