Dah 5 hari la aku ada kat rumah ni, sambil mengarang ayat untuk entri yang menyatakan aku dan members baru je tamatkan perjuangan 3 tahun di Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (Kalau orang tanya belajar kat mana, aku sebut Kolej Mara je. Ramai orang akan ingat Politeknik).
Belum bergelar graduan, mudah-mudahan tak perlu buat sem tambahan aminnnnnn.
Tak sangka sebenarnya, 3 tahun tu berlalu dengan cepat.
Tahun 2010, masuk dengan hati separuh rela dan minda masih mencari sebab terpilih masuk sebuah kolej, yang tak pernah masuk list universiti pilihan. Langsung tak ada asas dalam akaun, berani sungguh gamble masa depan. Hanya beberapa individu je yang tahu saat macam mana aku jatuh golek-golek lepas SPM masa tu. Orang lain ambil asasi dan terbang, aku masuk kolej. Sedih amat. Heh.
But then, I tried to move forward and just live my new life.
Sem pertama, pilih untuk jadi loner. Serius best masa tu. Tak ada yang kenal, tak ada yang buat justifikasi pada seorang Siti Aisyah Zainal. Ke surau, ke perpustakaan, ke taman, ke kolej dan asrama semua seorang diri. Masa tu jadi pemerhati. Suasana dah berbeza, kan. Bukan macam sekolah menengah. Kadang-kadang menangis macam budak homesick.
Seronok jadi loner, semua orang aku dapat dekati, terutamanya senior.
Antara pengalaman manis aku sem 1, adalah dapat keputusan yang tinggi, yang aku tak tahu nilaiannya. Masa tu subjek yang paling kritikal untuk aku semestinya Financial Accounting. Bila tanya member sekelas, majoritinya pernah ambil akaun dulu. Memang rendah laa tahap konfiden aku masa tu.
Aku pun bawa diri ke perpustakaan. Sorang-sorang, memerah otak nak memahamkan subjek akaun. Buku-buku penuh semeja, supaya tak jelas sangat seorang loner, tak ada kawan nak belajar sama-sama. Haha.
Dan di perpustakaanlah aku rajin bertanya pada senior masa tu. Aku cuma kenal Kak Ieda Ba'in masa tu, sebab dia tinggal di Siswi, merangkap fasi Minggu Induksi. Kemudian membawa kepada perkenalan dengan beberapa senior yang lain. Sem 1 jugaklah, aku dapat berkawan dengan beberapa kakak degree. Sebab tu aku kata seronok jadi loner. Kawan tak rasmi masa tu, semua kakak-kakak.
Budak sem 1, kawan dengan kakak sem 6.
Masuk ke sem seterusnya result tak pernah meningkat. Allah dan aku je tahu sebabnya.
Which taught me new perspective on definition of true excellence. Tentang akhlak.
Dalam status yang aku update di Facebook, aku kata 3 tahun ni banyak mengajar aku tentang diri sendiri dan manusia di sekeliling.
Kenapa?
Sebab di sekolah dulu, aku selesa dikelilingi kawan-kawan yang mengingatkan kepada kebaikan. Hari-hari ada tazkirah. Pernah terdetik dulu, asyik petik ayat Al-Quran dan hadis yang samaaaa je diorang ni. Boleh ingat kot.
Bila masuk kolej, baru tahu tahap ilmu tu kat mana. Ayat Al-Quran dan hadis yang diulang tu je la yang aku boleh ingat. Itu pun bukan hafal, ingat 'lapisan permukaan' je. Dan apa yang ada itulah yang aku mampu kongsi. Itupun buat sedih dengan diri sendiri.
Cerita tahun pertama.
Aku.
Masuk tahun kedua dan terakhir, mata dan hati lebih terbuka tentang hikmah aku berada di KPTM.
Bangunan oren seketul ni, mengumpulkan ramai manusia bermacam ragam yang kadang-kadang menyakitkan mata, tetapi banyak juga yang menggembirakan jiwa.
Kalau di sekolah aku banyak menerima, kat sini aku belajar untuk memberi. Sungguh, aku bahagia betul tengok jiwa-jiwa yang mencari.
Aku belajar rendahkan ego, dan faham bahawa mereka ni lebih mulia daripada orang-orang yang mendongak dagu perasan bagus.
Aku belajar untuk beritahu apa yang perlu, bukan apa yang aku perasan tahu.
Aku belajar untuk kata, 'Maaf, saya tak tahu tentang itu.'
Malah, mereka ini jugalah yang ingatkan aku tentang kebaikan dan tegur bila aku buat salah.
Alhamdulillah.
Pensyarah.
Dalam bangunan kecil ni, hari-hari aku dapat jumpa pensyarah-pensyarah. Sama ada pernah mengajar atau tidak, kitorang boleh kenal majoriti pensyarah dari setiap department. Boleh buat consultation dengan mudah, boleh jumpa bila-bila masa. Walaupun tak pernah masuk kampus besar, aku tahu itulah perkara yang susah nak buat bila ada kat sana. Senior pun mesti akan kata, 'rindu pensyarah KPTM'. Kat mana lagi boleh nampak pensyarah dan pelajar duduk semeja waktu petang, minum teh sekali?
Ada je sebenarnya. Haha. Tapi ini KPTM kot.
Members.
Em. Ini panjang cerita dia. Aku sayang sangat kat diorang.
Entri seterusnyalah eh.
Sahabat.
Sejak aku masuk kolej dulu, ada beberapa sahabat yang aku akan hubungi,
saat aku lembik.
Nurul Anis Amira; terima kasih. Ni bukan entri fly lagi. Entah fly entah tidak. Lambat atau cepat, masih terima kasih.
Nurul Syamimi Adam. Terima kasih. Walaupun tak akan baca blog kita.
Azam.
Kori.
Haha entri macam dah graduate.
Biarlah.
Banyak yang tak cerita. Jenuh pulak nak mengingat satu persatu.
Tapi, semuanya dalam rangkuman.
Jangan berhenti. Sepoyo mana pun ayat aku, kadang-kadang tak pun aku penuhi,
aku akan sentiasa ingatkan diri, demi Allah, Islam perlukan kita.
Aku, kamu dan mereka.
Result cantik itu perlu. Tapi bukan untuk kamu.
Result kamu itu untuk agama.
Usahkan butakan mata dengan slip peperiksaan.
Carilah ilmu luar dari kebiasaan.
Kerana itu kualiti pemuda pemudi Islam.
Aku sayang kamu kerana Allah.
P/s: Kini aku bercuti 5 bulan. Heh.
5 comments:
Assalamualaikum.. Akak,sy dpt twaran ke KKTM kl..sy nk tnye ukey xhostel kktm tu?
"KPTM Kl"
Waalaikumussalam.
Kat hostel tu ada:
-pengangkutan teksi kolej, RM1/org.
-Kafe.
-Dekat dgn kolej. Jalan pun boleh, tapi kena beramai-ramai.
-Koperasi dan CC.
Yuran hostel agak mahal. Kalau dpt mara, boleh la survive utk 2 sem. Kemudian boleh la pindah luar, kalau nak.
Insya-Allah ok je :)
Akak ambil kos apa?? Saya dpt kos CAT di kptm kl. Tgh fikir nk pegi atau tak sbb ramai yg ckp tempat penginapan kptm ni selalu ada masalah. Lgpun saya tiada basic akaun jadi agak ragu2 ni
Assalam. Saya dpt diploma acc n finance di kptm kl. Pergaulan kat sana mcm mne ? Sosial ke ? N betul ke penginapan agak bermasalah ? Adakah masih berlarutan smpy sekarang ? Tq
Post a Comment