Friday, November 11, 2011

Kali pertama.

Mulakan kerja kali pertama dengan Bismillah....


Setiap manusia pasti akan ada kali pertama yang tersendiri. Pasti ada.
Kali pertama menunggang basikal dan terjatuh,
kali pertama mendaftar ke sekolah
kali pertama berdiri di khalayak ramai
kali pertama menghadiri temu duga
kali pertama dapat keputusan peperiksaan yang berbeza
dan apa pun yang tidak pernah dilakukan atau lain dari sebelumnya, itulah kali pertama.


Kali pertama seharusnya tidak terhenti setakat itu, kerana akan ada peristiwa lain yang menjadi kesinambungan kali pertama. Situasi yang sama, hanya detik yang lain. Lantas, mulut akan menyebut ," Ah, teringat kali pertama aku blablabla dahulu."


Mungkin waktu tu kita mengulang perkara yang sama dengan 'kali pertama'. Cumanya, waktu itu sudah rasa biasa-biasa. Tak sespesial perasaan kali pertama. Lali, bosan, atau jadi lebih baik. Ada juga yang cuba-cuba menangguh kali pertamanya kerana takutkan cabaran. Perbuatan menangguh tidak akan menyelamatkan diri dari menghadapi kali pertama, sebaliknya hanya memberi kelegaan sekejap waktu. Sampai ketika, mesti dilaksanakan juga. Jadi, apa rasional menunda kerisauan kita?


Kali pertama itu memang akan ada dalam bermacam cara. Bersedia sahaja untuk hadapi rasa-rasa.
Ibarat menghidupkan enjin kereta. Menekan-nekan pedal minyak, tetapi gear masih dalam mod neutral. Tak berganjak. Kerana apa? Memikirkan konsikuansi yang tidak-tidak.


Kalau kamu berada dalam situasi kali pertama, ingat pesan aku.
Tarik nafas dalam-dalam. Hembuskan kuat-kuat dan bergeraklah. Kerana kelak, mahu tidak mahu kau akan tetap hadapi perkara yang sama.



Hanya ada dua situasi sahaja kali pertama tak akan berulang dalam hidup kita.

Saat kita dilahirkan, dan saatnya kita mati.







Cubaan kali pertama mungkin tidak mencapai jangkaan kau.
Tidak kemas, kurang memuaskan.
Namun, tetap akhirinya dengan Alhamdulillah ..










 

11.11.11
Orang sibuk hebohkan tarikh ini, aku pun mahu juga.
Ada apa sebenarnya?




 




1 comment:

Anonymous said...

Kadang-kadang manusia takut untuk melakukan perubahan kerana takut dinilai orang.