Monday, June 13, 2011

Subjektif

Member tanya apa pendapat aku tentang rancangan terbaru tajuk 'Ustazah Pilihan'.

Aku tak ada idea langsung macam mana rancangan tu nanti sebab aku tak ada Astro.
Aku suspek rancangan ni ada bau-bau bacang dengan Imam Muda jugak.

Ustazah tu biasa aku guna sebagai istilah merujuk kepada guru-guru perempuan.
Cikgu-cikgu yang mengajar aku dulu.
Cuma rupanya sekarang kalau nak jadi ustazah kena masuk rancangan. Bukan temuduga macam dulu-dulu.

Bagi aku, kalau bab-bab ketengahkan wanita guna media elektronik dengan alasan cari 'bakat' [bakat apa pun aku taktau], memang respon aku negatif.

Media akan buka peluang besar untuk memanipulasi wanita. Lagi-lagi diorang tahu sekarang pasaran banyak dalam bidang berbentuk keagamaan.

Aku tak suka.

"Oleh itu, kepada wanita yang berkeinginan untuk mengembangkan kebolehan dalam aktiviti dakwah mereka sangat dialu-alukan. "-HM

Dakwah itu bukan tentang bakat. Itu satu tanggungjawab.




Tapi itulah, mana tau ada yang dapat hidayah dengan tengok rancangan tu ke. Mana tau.
Pandangan aku mungkin silap.



3 comments:

Anonymous said...

yep, setuju. mula2 dengar tentang ustazah pilihan ni, terus rasa ralat. macam tak berapa sesuai

Anonymous said...

rasanya depa salah medium .

3p4h said...

=)

teruskan melontar ide2 bernas! bagus.