Friday, February 11, 2011

penat tak bermanfaat

Salam.
Economy-tajuk2 yang tak kuasai lagi
Management Business-business group project,
Financial Accounting
Statistics
Tamadun Islam- folio Pembangunan dalam Islam.
-to be settled-

Aku rasa sangat penat melalui 5 minggu pertama. Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa aku berjumpa dengan orang yang ramai, kerja yang sentiasa datang menziarah, waktu yang selalu nak pergi cepat, kegembiraan dan tekanan yang datang silih berganti.

Ini dah minggu kelima. Tak lama lagi dah ada test diselangi beberapa kuiz yang perlu ditarget untuk bantu markah final. Sem ni, aku tak tahu aku boleh buat ke tidak. Feeling itu selalu datang. Dan setiap kali aku cuba bagitau pada orang yang aku rasa tak yakin, buat aku rasa kecewa untuk terus luahkan rasa. Dapat CGPA bagus jadi macam kesalahan kalau kita kata markah kita rendah atau rasa tak boleh catch up. Selalu dapat respons, 'Eleh, yelah tuuu.' Aku rasa macam nak ketuk orang yang cakap macam ni. Serius. Sebab tu aku prefer jadi manusia single yang berjalan buat hal sendiri.

Tapi, aku masih teruskan hidup kerana ini.


المؤمن القوي خير و أحب إلى الله من المؤمن الضعيف”
Mu'min yang kuat lebih dikasihi Allah daripada mu'min yang lemah.

Dan ini juga.
'Dan janganlah kamu (berasa) lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu beriman.'

Allah kasih pada hamba-hamba-Nya, tapi lebih kasih pada yang kuat.


Bila ditanya pada seorang sahabat,' kenapa orang-orang yang sibuk ada keluarga, ada kerjaya yang sangat hebat, masih ada ada waktu berkejar sana-sini untuk bagi manfaat kepada orang lain eh?
'Sebab masa dia berkat'.
Mungkin lah, masa ni kurang berkat tambah tolak masa lenggang, borak-borak tak bermanfaat, gelak-gelak.
Kalau rasa 24 jam itu tak cukup, bermakna aku bukan hamba yang bersyukur. Na'uzubillah.

Menulis entri sependek ni dah ambil setengah jam -.-"



Update issue: Hosni Has stepped down. Alhamdulillah. Mesir sudah. Malaysia?

1 comment:

Wan Muhammad Syafiq said...

teruskan memberi manafaat kepada sekitar, insya Allah masa akan senantiasa cukup. :)