Friday, December 3, 2010

Berikan keburukan menonton drama dan filem melayu. Ikut suka kau nak panjang mana pun.


Impilikasi tinggal kat asrama sekolah selama 5 tahun+asrama kolej ni,aku kurang rasa nak tengok tv. Zaman astro mula nak feymes dulu, memang tumbuh macam cendawan laa piring-piring kelabu kat segenap rumah. Masa umur aku 12 tahun, ayah baru pasang astro. Dua tiga hari jugak nak tunggu astro tu masuk. Excited si  budak hingusan, sanggup bangun awal pagi pegang remote sepanjang hari nak tengok dah ada belum berpuluh-puluh rancangan berwarna terang di skrin tv yang dijanjikan itu. Bila dapat je siaran, terus aku tengok ulangan konsert AF yang pertama kat saluran @15 tu. Menarik lagi AF waktu tu untuk budak hingusan macam aku. Buat aku sanggup fly hujung minggu. 

Berapa tahun je astro tu bertahan. Sebab, rumah hanya dihuni oleh mak dan ayah yang tak tengok tv pun. Tv yang dipasang selalu dibiarkan berbicara keseorangan.  Bila dah pindah rumah baru, langsung tak merancang nak pasang astro lagi sampai sekarang. Baguslah, sebab aku rasa rancangan tv sekarang makin merepek. Terutamanya filem dan drama Melayu yang ulang-ulang dan tak ada moral.

Lucah
Sebagai seorang remaja yang aku kira dah mampu nak berfikir secara separa matang, aku rasa cerita Melayu terutamanya, yang disiarkan kat tv tak lebih dari untuk mencari publisiti dan keuntungan daripada matlamat yang betul iaitu untuk mendidik. Secara jujur, dah terlalu banyak cerita-cerita berunsur lucah dan tak sesuai ditonton ye adik-adik. Apa halkah drama kategori 'U' iaitu untuk TONTONAN UMUM mesti ada diselitkan babak rogol bapa-anak, abang-adik, lelaki-perempuan( sama jenis tak dikira ye.) dan paling tak boleh blaa cerita suami yang membenarkan laki lain 'merompak' isteri dia. Umumkah itu? Elok je nak tengok satu famili,dah kena opp oppp tukar saluran  lain konon-konon.


Pergaulan bebas.
Nak tunjuk filem drift-drift ke, mat rempit sikit ke, mesti ada dua tiga perempuan pakai seksi terkinja-kinja bajet hot dalam filem tu. Masuk kelab malam, lagu macam nak bagi pecah telinga. Lompat-lompat lagi. Baik main skipping. Hah, apa moral filem macam tu? Nak bagi keinsafan kepada anak muda supaya jangan jadi macam ni? Aku rasa budak yang tak teringin pun boleh terpengaruh untuk mencuba.
Kalau tak, mana mungkin kes-kes sosial remaja makin meningkat sekarang.Oh, budak umur 12 tahun pun sudah berani mencuba.

Agama
Berlambak dah kan drama sekarang yang berunsur FESYEN islami? Sejak bila dia mula aku tak perasan la pulak. Tapi serasa aku sejak si Nur Amina isteri yang sopan itu sangat setia menunggu Adam si suami supaya insaf dan pulang ke jalan yang benar. Masa tu semua pun dah macam huihhhh dapat isteri macam tu memang aku jaga betul-betul la. Apa ke sweetnya mereka ini. Berjuta rakyat telah jatuh cinta kepada cerita Nur Kasih dan mengakibatkan cerita ini hot mencecah juta-juta penonton. Pembikin cerita dah nampak potensi keuntungan di situ ye. Makanya, diarah kerah sekalian pelakon hendaklah melakonkan watak islami terutama pelakon wanita.

Aku paling tak suka tengok watak macam ni. Sesuatu tu eksklusif bila ia rare. Bila dah common, rasa macam mahu muntah pula. Diibaratkan orang yang ada DSLR satu ketika dulu nampak cool, tapi tidak lagi sekarang bila semuaaaa orang boleh gantung kamera gabak tu kat leher tanpa tahu fungsinya pun. Annoying kau tahu. Sama lah sekarang. Kalau ada perempuan bertudung yang alim-alim dan start mengeluarkan membaca ayat quran yang bermaksud blabla dalam surah sekian-sekian atau hadis sambil muka mengingat bait-bait skrip, mesti aku tukar. Entahlah. Tapi aku tak suka. Rasa macam erghhh fake betul kau. Mudah-mudahan ada la antara diorang dapat hidayah melalui skrip-skrip tu. Amin.


Seingat aku la, dulu waktu kecik-kecik, slot cerekarama malam Ahad dengan drama bersiri waktu petang paling best. Ada Cili Padi dengan cerita Siti Musfirah tu.  Atau cerita yang lagu dia Namun Ku Punya Hati. Tacing kan?  Mana ada sangat cerita rogol-rogol ni. Masih innocent. Umur macam ni laa baru aku tahu banyak perkataan dan isyarat pelik.  Tahniah la kepada yang terlibat.

Cerita Melayu susah nak cari yang membina sebab filem kita selalu disekat. Filem yang berbentuk ilmiah maksud aku. Sama macam tersekatnya pemikiran kita. Nak tengok cerita perubatan, mesti yang lebih cerita cinta para doktor. Agak-agak kalau betul doktor asyik fikir pasal cinta kat hospital, menggelupur pesakit-pesakit tu. Baik kau tengok House. Dia tunjuk satu-satu penyakit, sebab, modus operandi dan implikasi . Nak cerita pasal polis,  realitinya mereka bukan seserius tu. Aku pernah kawad kat balai setiap petang, lepak je mereka aku tengok. Main bola tampar hoha hohaa jugak. Nak tengok cerita cikgu dan anak murid yang tak bergaduh? Pi tengok Upin-Upin. Kan mudah.

Jadi kau, kalau nak tengok cerita tu pilih la yang berkualiti sikit. Ada je cerita anak derhaka jerit-jerit kat mak, kau tak payah nak tengok sangatlah. Ending dia kalau tak gila, mesti menangis dalam hujan. Takpun, sakit telantar atau mayat jadi berat, sampai liang lahad, tak boleh nak masuk.
.


Kau nak insaf betul, pegi ambil wudhu' ambil quran terjemahan, Iqra'. Pastu baca maksud sekali. Duduk diam dan hayati. Moga taufik hidayah daripada Allah betul-betul meresap dalam hati.



Boleh dapat Ae tak? :P

3 comments:

:) said...

sangat setuju! dan a'a, mmg sgt menyampah dengan drama melayu yg terlampau byk drama. A++++

aisya zainal said...

heh. trimas. :)
bagi star sikettt. haha.

jiva said...

nice