Monday, February 21, 2011

seorang adik berkata ..

Assalamualaikum.


Sila isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

[sedih, takut, gembira, bersemangat, kosong, nak menangis, lucu]

Pemberitahuan lima minit.

Jumaat 25/2- aku ada exam Business and Management. Aku rasa .....
Sabtu 26/2-Aku ada exam Financial Accounting. Aku rasa .....
                 -Abang sulung aku akan bernikah. Aku rasa .......
                
Ahad 27/2- Majlis kesyukuran di Melaka. Aku rasa ......
Sabtu 5/3- Majlis kesyukuran di Masjid Wilayah. Aku rasa ....

Aku rasa macam-macam sekarang.







5 Mac 2011, jam 1200 hingga jam 1600; untuk member sesekolah sekolej dan tak member sesekolah sekolej sangat, JEMPUT HADIR KE MASJID WILAYAH untuk majlis kesyukuran walimah abang sulung. Selain makan dan tengok muka, aku juga harapkan doa kalian untuk abang aku.
Kau nak nyanyi lagu Maher Zain - Barakallah kat situ pun tak de hal. Lepas tu boleh solat jemaah Zohor dan Asar terus.
Amacam, cun?


solat oii..

Friday, February 11, 2011

penat tak bermanfaat

Salam.
Economy-tajuk2 yang tak kuasai lagi
Management Business-business group project,
Financial Accounting
Statistics
Tamadun Islam- folio Pembangunan dalam Islam.
-to be settled-

Aku rasa sangat penat melalui 5 minggu pertama. Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa aku berjumpa dengan orang yang ramai, kerja yang sentiasa datang menziarah, waktu yang selalu nak pergi cepat, kegembiraan dan tekanan yang datang silih berganti.

Ini dah minggu kelima. Tak lama lagi dah ada test diselangi beberapa kuiz yang perlu ditarget untuk bantu markah final. Sem ni, aku tak tahu aku boleh buat ke tidak. Feeling itu selalu datang. Dan setiap kali aku cuba bagitau pada orang yang aku rasa tak yakin, buat aku rasa kecewa untuk terus luahkan rasa. Dapat CGPA bagus jadi macam kesalahan kalau kita kata markah kita rendah atau rasa tak boleh catch up. Selalu dapat respons, 'Eleh, yelah tuuu.' Aku rasa macam nak ketuk orang yang cakap macam ni. Serius. Sebab tu aku prefer jadi manusia single yang berjalan buat hal sendiri.

Tapi, aku masih teruskan hidup kerana ini.


المؤمن القوي خير و أحب إلى الله من المؤمن الضعيف”
Mu'min yang kuat lebih dikasihi Allah daripada mu'min yang lemah.

Dan ini juga.
'Dan janganlah kamu (berasa) lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu beriman.'

Allah kasih pada hamba-hamba-Nya, tapi lebih kasih pada yang kuat.


Bila ditanya pada seorang sahabat,' kenapa orang-orang yang sibuk ada keluarga, ada kerjaya yang sangat hebat, masih ada ada waktu berkejar sana-sini untuk bagi manfaat kepada orang lain eh?
'Sebab masa dia berkat'.
Mungkin lah, masa ni kurang berkat tambah tolak masa lenggang, borak-borak tak bermanfaat, gelak-gelak.
Kalau rasa 24 jam itu tak cukup, bermakna aku bukan hamba yang bersyukur. Na'uzubillah.

Menulis entri sependek ni dah ambil setengah jam -.-"



Update issue: Hosni Has stepped down. Alhamdulillah. Mesir sudah. Malaysia?

Saturday, February 5, 2011

YT-artist-to-be




Aku rasa sekarang org dah educated sikit.
Zaman myspace dah berlalu. Harap tak ada lagi manusia myspace macam ni.
 
 
 Aku suka mamat ni. Dia cool. Ada sesuatu yang menarik dia dah buat dalam hidup dia.
Aku? Entah bila.


Sabar-sabar. Duniawi je niiii...  :P

Bukan Salah Mydin

Perbezaan orang sedang bercinta atau sudah berkahwin. Edisi; Dari Bulat Mata Aku.

Orang yang sedang hot berangan bercinta.
Jalan-jalan bersama,ternampak barang teddy beddy bear, terus capai dan 'Nah, I hadiahkan untuk U. Sweet kan? Macam U juga, bayang sayang. '

Orang yang dah berkahwin.
Dah tak hairan dengan barang-barang teddy beddy bear. Keluar bersama untuk beli barang keperluan seperti sabun basuh tandas, deodorant dan ubat gigi sahaja. Mungkin susu anak juga.


Baru balik dari Mydin. Ternampak satu pasangan ni pilih-pilih barang rumah kat bahagian perkakas rumah. Aku agak mereka ni pasangan yang halal dah. Sebab aku rasa Mydin bukan tempat pilihan seperti Times Square, Middy, dan Pavi untuk pasangan hot bercinta tanpa ikatan.