Saturday, October 2, 2010

deactivate.

Facebook. Dah lebih kurang 2 minggu aku menyahaktifkan Facebook. Tak tahu sampai bila. Apa yang aku ingat,waktu aku nak deactivate tu aku rasa Facebook dah tak seronok sebab kawan-kawan sibuk baca buku yang memang buku bukan mukabuku. Kemudian aku dapati aku lebih gembira hidup tanpa laman tu sebab tak payah fikir eh ada orang tag gambar tak atau apa yang ada kat dinding tulis tu hari-hari. Sebab kolej aku tu memang tak block facebook. Senang nak online. Youtube yang boleh jadi ilmiah tu pun di block. Mula-mula aku terfikir la, dulu kalau tak silap myspace kena block di satu-satu syarikat supaya pekerja tak curi tulang. Dan sekarang, facebook yang mirip-mirip myspace tak pulak kena block Kenapa? Mungkin laa. Mungkin sebab SEMUA orang dah ada facebook. Kau faham tak maksud SEMUA? Ulasan encik polis pun dipetik dari facebook kan. Jadi, untuk yang baca entri ni, kalau nampak aku teraktifkan balik barang sejam dua, kalian senyap-senyap sudah. Okay? Okay budak baik.


Dua tiga minggu ni juga, ramai kawan-kawan sekolah yang dah fly. Oh maksud aku fly naik kapal terbang. Bukan fly yang illegal kena panjat pagar tu. Rasa macam. em.. Weih, aku gembira untuk kalian! Itu je.



Dulu kan kann waktu mula-mula masuk kolej dan ternampak kapal terbang, aku mesti terasa nak nangis. Rasa macam alahaii bila agaknya dapat fly. Macam jauh lagi je masa tu. Sekarang dah tak kot. Aku dah boleh sesuai kan diri dengan ITM Kuala Lumpur ni. Mencari hikmah dan belajar untuk redha.

Cita-cita masih ada. Usaha kena lebih lagi la kan. Jalan cerita setiap orang lain-lain.

Em. Melihat berita penerbangan ke luar negara dan perpindahan2 sekalian rakan ke U juga antara sebab aku deactivate akaun facebook itu. Takut sedih lagi. Kuang3..



Saya gembira menjadi pelajar akaun dan menjalankan TANGGUNGJAWAB SEBAGAI DAI'E di sini.
Anda bagaimana ? :)

Sunday, September 12, 2010

Teori ketupat de puzzle

Alhamdulillah. Sampai raya keempat dah.

Apa mahu cerita? Em. em. emmmmmmmmm.

Cerita raya saya tahun ini; rasanya hambar. Pucat macam tak ada warna. Tawar tak ada rasa. Mungkin sebab puasanya saya tak isi dengan bahan-bahan ibadah yang sedap. Tak hias dengan sedekah dan zikir. Hasilnya, saya dapat rasa raya yang biasa-biasa. Seronok bersama keluarga, tapi tak ada feel raya. Uhh. Ruginya.. Moga-moga dipanjangkan umur bertemu dengan Ramadhan tahun depan. Tak boleh mudah rasa senang dengan iman yang pasang surut sebelas bulan ni rupa-rupanya. Lagi-lagi bersama mereka yang tak begitu meraikan Ramadhan  :'(

Jadi, aku (tiba-tiba tukar aku..hua3) tak berapa mahu cerita pasal raya ini. Neither about baju raya, nor duit raya. Juga bukan pasal makan-makan kuih raya yang menyebabkan kandungan gula garam dalam darah aku meningkat. OH NO!



Ada  satu cerita dengan dua moral aku nak kongsikan. Mari-mari duduk. Berhenti makan dulu.
Cerita tak ilmiah pun. Ok mula.

Pada zaman dahulu.. Hari tu kat kampung, aku dengan abang aku cuba nak belajar buat ketupat daripada ayah aku. Noob betul baru nak belajar buat ketupat kan. Tapi belajar juga la sebab nanti orang kata inila budak-budak sekarang buat ketupat pun tak tahu. Tabik la siapa tahu buat ketupat kan. Teringat fenomena buat ketupat kat sekolah dulu. Jadi, duduk bersilalah kami dua beradik bersama ayahanda yang sedia untuk mengajar. 

Fasa pertama, silang-menyilang. Ambil daun kelapa, lilit-lilit tangan, ok mulakan menyilang. Silang satu jadi. Silang dua..er. susahnya nak buat ketupat! Rasa macam nak give up dah. Tapi tengok abang aku yang semangat lagi cari jalan nak selesaikan puzzle de ketupat. Aku join lagi. Kung kang kung kang. Silang satu, silang dua.
adik yang pemalas : Dah la yah. Orang tak berseni la.
abang yang berjaya : Biar tak berseni, tapi tak putus asa.

Fine. Buat lagi. Buat buat. Fasa dua, kemasan.
Anak yang tak berseni : Macam mana nak kemaskan? Tarik yang longgar?
Nanti terurai la dia. Kenapa macam ni pulak? *sambil belek-belek ketupat yang masih togel.
Ayah yang penyabar : Buat jee. Jangan tanya kenapa-kenapa. Buat ketupat mana guna teori.
Anak yang tak berseni : Aah gak kan. *diam dan berfikir*

Kung kang kung kang.
Yeay siap! Tapi buruk.



Get the morals of the story?


YES.
Satu; Biar tak berseni, tapi TAK PUTUS ASA. Baru buat sikit dah rasa susah. Belum buat banyak kali dah rasa tak boleh. Kalau kau cepat putus asa, maknanya kau pemalas. Result untuk orang yang pemalas ialah gagal! Antara sebab gagal ialah pemalas! Kau paham tak ni??  Oh, ini teguran untuk diri sendiri yang tak faham-faham Financial Accounting lagi..

Dua; Hidup ni bukan semuanya berkenaan teori. Mampu difikir oleh akal yang waras. Orang dolu-dolu hidup dengan kemahiran. Melalui pengalaman. Mencari jalan untuk selesaikan masalah. Kau tengok, segala petua yang kita dapat pada hari ni yang sesetengahnya orang pandang remeh, itulah yang bermanfaat. Tok nenek dolu mana pakai teori. Kan? Agaknya kalau diorang pakai teori- berfikir kenapa dan kenapa sahaja tanpa berpraktikal, apa yang kita anak muda pada hari ini akan dapat? Jangan salah anggap. Aku tak suruh jadi orang orang yang malas berfikir. Masalah timbul bila terlalu banyak berfikir tapi tak mahu buat.

Aku harap begitulah.
Teringin jadi manusia berkualiti. Memanusiakan manusia bukan hanya pada teori. Tapi juga terisi minda dan rohani.
Amin.

Saturday, August 14, 2010

dah puasa kelima ni..



bismillah walhamdulillah.

Terlambat dah ke nak ucapkan, Ramadhan Kareem[!] ? Harap-harap tidak.
Oh, zaman sekolah dulu selalu bergema ucapan-ucapan mulia ni.

Kekecewaan satu:
Berpuasa sebagai seorang 18 di tempat baru ni berbeza perasaannya. Rasa dah tak semeriah dulu. Tak ada alunan Al-Quran kat surau Subuh Maghrib dan sepanjang hari, iftar jemaah, tarawikh, pemandangan hamba-hamba khusyuk bersemangat bertadarus, poster artikel tentang amalan sunat bulan puasa, banner yang tertulis; Ramadhan Kareem!.. ye, yang belakang-belakang tu tak penting sangat. Tak apa pun kalau tak ada, tapi kalau ada bukan ke berkemungkinan bulan mulia ni terasa lebih dirai? 



Kekecewaan dua:
Hari tu pi jalan-jalan. Kecewa oh.. baru hari ketiga berpuasa dah bergema lagu-lagu ceria hari raya di Jalan Masjid India tu.

Terlalu awal untuk gembira sambut hari raya, sedangkan puasa belum dihayati sepenuhnya.
Mana hilangnya jiwa kita?




Kata kawan baik aku, bulan puasa ini ibarat satu medan pertempuran. Kita semua sedang berjuang.

Persoalan, berjayakah kita menang dalam 'perjuangan' ini?
Atau sibuk fikir cara meraikan kemenangan sebelum benar-benar terbukti kemenangan itu milik kita?
Renung-renungkan dan tingkatkan amalan!
Salam Ramadhan. (:



يَاأَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ
Hai orang-orang yang beriman diwajbkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa

Friday, August 13, 2010

dear blog,

disebabkan lama tak tulis blog,
aku dah lupa macam mana nak edit sesetengah perkara yang berkaitan blog ini.
*kecewa*