Thursday, January 28, 2016

Santai

Cuti sem pada umur 24, ni lain sikit rasa dia.

Aku tak pernah cemburu tengok budak sebaya aku jalan sana sini lagi-lagi dapat tahu duit tu bukan duit mereka.
Tapi aku cemburu tengok golongan yang pandai berniaga atau bekerja.
Benda yang aku tak reti. Atau belum reti.
Sebab umur 24, aku belum ada cash inflow sama ada aktif atau pasif.

Member ajak makan angin, aku beralasan.
Member ajak makan-makan reunion, aku banyak fikir.
Member ajak karaoke dan wayang, mujur aku tak pernah terliur.

Aku tak reti nak meminta duit mak ayah.
Bab kewangan ni semacam sensitif la akhir-akhir ni.
Dengan abang dan kakak sekali pun, sampai bila kau nak menebal muka meminta-minta?
Malu, kau tahu?

Tak. Kau takkan pernah tahu.
Sebab kau ada mak ayah yang setia memberi.

Banyak kali aku kena 'lantak'kan apa orang anggap pasal aku bila tak dapat sertai.
Aku tak pernah sedih sebab aku tahu kondisi aku.
Aku bukan miskin. Aku cuma tak ada peruntukan untuk santai-santai begitu.

Biarlah.
Biar masa dengan famili tu jadi ruang santai-santai aku.
Lantakkan apa orang nak kata.


Wednesday, January 6, 2016

Bahagia

Dalam kehidupan, antara aspek yang manusia cari adalah makna ‘bahagia’.

Makna bahagia untuk setiap orang tu tak sama. 
Kau jangan la terpengaruh dengan cerita Melayu yang bahagia tu mesti yang ada rupa dan kaya. Realiti dunia bukan ada dalam drama Akasia.

Ada orang, bahagia dia datang dalam cinta.
Ada orang, bahagia dia ada pada ruang. Ruang mencuba, meneroka.
Ada orang, bahagia dia terletak pada masa. Masa yang banyak, atau sekadar seketika yang bermakna.

Kadang-kadang bila ternampak pasangan yang asyik bertekak, aku selalu terfikir sama ada hubungan mereka bahagia atau tak.
Kalau tak bahagia,kenapa dan macam mana mereka teruskan?

Mungkin benda yang aku tak nampak,
lepas gaduh mereka tertawa,
atau lepas gaduh salah seorang akan mengalah.
Benda yang aku tak nampak dan tak perlu pun untuk aku fikir.
Yang perlu, selalu doakan kebaikan dan kebahagiaan orang. 
Kan?

This type of thinking just came across once awhile. Biasalah. Fasa dah berubah sikit, kan. Empati tu tinggi. Selalu letakkan diri dalam keadaan orang.  

Fynn Jamal pernah kata,
‘Jangan cari diri sendiri dalam tulisan orang lain. Takkan sama.’



Tapi kalau dah tahu kebenaran, terang-terang kena tipu dengan pasangan pun masih gila mengejar.. tu bukan kebahagiaan.
Tu satu kebodohan.
Move on.
Eh maksud aku untuk pasangan yang belum kahwin la.


True story but not mine.  
Aku dah lama move on.

Sunday, November 15, 2015

Hujan

Bismillahirrahmanirrahim.

Puncak Alam dilanda banjir semalam.
Satu perkara yang dalam bahan bualan dek tidak selari namanya dengan apa yang terjadi.

Dalam perspektif aku,
aku dapat lihat kenapa nikmat Allah itu diturunkan hanya bersesuaian dengan apa yang kita perlu dan mampu tangani. Selalu sahaja kita mahu apa yang kita mahu.
Namun apabila kita dapatinya melebihi apa yang kita perlu, mudah kita lupa pada pemberi.
Lebih teruk, kita rasa tidak cukup dan dibalas dengas rungutan.

Maksud aku,
baru beberapa minggu lepas kita diselubungi jerebu.
Kita minta hujan.
Kita tak tahu banyak mana hujan yang kita perlu, yang penting tak mahu jerebu. Hanya mahu hujan, biar lekas kembali nyaman.
Hari ini, Allah terus-terusan menurunkan yang kita panggil nikmat.
Namun aktiviti kita tergendala kerana nikmat ini, mudah sekali kita rungutkan,
'Aduhaii. Hujan la pulak.'
'Alaa. Basah laa nanti.'
'Ah. Payah la nak bergerak macam ni.'

Wahai kita yang pelupa,
masihkah doa supaya hujan ini bukan suatu bencana
ada dalam ingatan?

Saturday, August 29, 2015

Positif Negatif

Kalaulah dinding Facebook ni terlihat dek mata kasar, mungkin sudah penuh langsung dengan setiap luahan manusia yang mendesak ingin dilihat -sangat- penting, kan?

Waktu aku rasa luahan aku ni cuma bisik hati sendiri, 
aku pilih untuk kembali ke dualapanlima yang disayangi. Gitu. 

---------------------- *** ------------------------

Aku tak faham kenapa sesetengah manusia suka menggandingkan perkara positif, dengan suatu yang negatif. 

Contohnya, 
1. Minta tolong
'Ce, tolong buka kipas tu. Aku MALAS lah.'
'Ce, basuhkan pinggan ni boleh? Aku MALAS lah.'

2. Respon pada manusia.
A: Sebelum ni aku susah nak bangun awal untuk Subuh. Tapi tadi aku berjaya bangun 5.30, lepas tu kejut laki aku Subuh berjemaah. Hepi gila. 

B: Kejap je tu. Esok lain pulak. (Gurau) <--kata dia. 

C:  Jangan bila bini datang bulan laki pun datang bulan.. harapnya tidaklah.. hahaha.


Contoh nombor satu tu kerap terjadi akhir-akhir ni. Sampai aku sound orang berkenaan. 
Serius stress aku dengar perkataan tu.  Elok ayat pertama, sudahlah. Kenapa nak sambung dengan ayat tak elok yang akan jadi doa pada diri sendiri?

Aku bukan orang yang rajin pun. 
Tengah nak improve banyak. 

Aku rasa nak suruh je orang yang menyebut perkataan tu buat titik hitam besar-besar pada kertas A4 setiap kali dia sebut.