Hidup bermasyarakat.
Kalau setiap masa satu jari dipaksikan pada orang lain, empat selebihnya kembali pada kita.
Menjengkelkan, pabila setiap masa kita hanya mahu orang tahu tentang kita.
Yang baik-baik sahaja pula tu.
'Oh. Kalau saya..' -Tidak kisah pun apa orang lain cerita.
'Aku tak macam tu. Aku..' -Kenapa kau pelik sangat?
'Sekurang-kurangnya aku..' -Lebih baik daripada yang lain.
Tak baguslah.
Anatomi kita lengkap untuk memberi dan menerima.
Kalau mudah kita memberi nasihat dengan mulut,
sifirnya mudah jugalah menerima kata orang dengan pendengaran.
Masalahnya tak selalu begitu.
Tidak satu rahsia pun kah yang masih ada tersimpan dan mahu terus kekal privasinya?
Wednesday, November 7, 2012
Thursday, November 1, 2012
Depan.
'Manusia memusuhi apa yang tak diketahui' .
Aku suka kata-kata ni.
Aku apply pada subjek Accounting dan Costing; it suits well. What a surprise.
Seperti, ada peperangan dalam diri .
Sang keinginan, bertempur dengan sang alasan.
Dum dam! Dum dam! Kapoww!
Mati.
Siapakah mangsanya?
Siapakah adiwiranya?
Kita tunggu selepas ini ..
Dada rasa nak meletup .
Sebelum result keluar, inilah yang aku alami setiap hari.
Mahu buat draf perjalanan hidup, mudah sahaja dibantutkan dengan perkara yang tidak pasti.
Perkataan 'kalau' itu pemati angan.
Bangkitlah Aisyah weh.
Lembik amat kamu ini. Seperti agar-agar karamel yang baru diangkat dari dapur emak.
Eh sedapnya.
Aku suka kata-kata ni.
Aku apply pada subjek Accounting dan Costing; it suits well. What a surprise.
Seperti, ada peperangan dalam diri .
Sang keinginan, bertempur dengan sang alasan.
Dum dam! Dum dam! Kapoww!
Mati.
Siapakah mangsanya?
Siapakah adiwiranya?
Kita tunggu selepas ini ..
Dada rasa nak meletup .
Sebelum result keluar, inilah yang aku alami setiap hari.
Mahu buat draf perjalanan hidup, mudah sahaja dibantutkan dengan perkara yang tidak pasti.
Perkataan 'kalau' itu pemati angan.
Bangkitlah Aisyah weh.
Lembik amat kamu ini. Seperti agar-agar karamel yang baru diangkat dari dapur emak.
Eh sedapnya.
Yeahhhhhhh!
Mula lukis draf.
Ku Pinang Kau Dengan ...
Bismillahirrahmanirrahim.
'... Sudikah kau menerima pinangan ku, menjadi pendamping hidupku, bersama dengan ku waktu susah atau pun senang? "
Tupp!
Aku tutup TV. Berfikir.
Buka balik .
' Bismillahirrahmanirrahim. Aku sudi menerima pinanganmu. *nangis*'
Dan aku pun membuang masa setengah jam tengok TV Al- Hijrah yang menayangkan cerita tu.
Setengah minit waktu aku tutup tu, hati aku kata - how sweet~.
Tapi aku dah buka balik, dan tengok scene tu .. duduk berdua makan bersama dan dilamar, I don't find it that sweet anymore. Kurang la.
Of course, tak semua orang dapat rezeki dipinang guna orang tengah atau direct kepada ibu bapa kan. Banyaknya orang yang betul menjaga, baru dapat pengalaman gitu.
Aku ni, banyak kurang sini-sana. Masih mengharap dipertemu dengan orang yang baik :/
Mulanya, aku tutup sebab aku malas nak terbuai-buai dengan perkara yang tak realiti.
Kemudian, aku Google la watak utama cerita tu, betul ke baik macam tu. Advanced me. Senang je nak buat aku berpijak di bumi yang nyata, bila tengok watak sebenar pelakonnya.
Setiap kali hati nak tersentuh tengok cerita cinta lagha tak Islami/ paling Islami kat TV, aku akan ingatkan diri yang itu hanyalah lakonan yang berskrip. Indah bagaimana pun, kita tetap kena sedar yang lakonan hanya tunjuk sebahagian kecil dari dunia sebenar yang kita kena hadapi.
Suka tengok orang bercinta dalam cerita, pernah tak terfikir tanggungjawab dalam berumah tangga?
Suka tengok drama orang dapat anak dan happy ending, pernah tak terfikir sebenarnya berat untuk bangun dua tiga pagi layan anak menangis?
Suka tengok cerita korporat, kerja hebat, kereta tak pernah tunjuk kereta Proton, berumah gabak, pernah tak terfikir jerih payah usaha untuk dapatkan semua tu?
Dalam banyak hal, aku memang anti-klimaks.
Sebab cerita cinta yang ada skrip, bukan realiti.
Tahu tak apa yang realiti?
Setiap hari waktu kita tengah bersenang lenang main FB, mengomel macam-macam di Twitter dan update blog merepek tak tentu,
ada saudara seIslam kita tengah dibunuh kat luar sana.
Dan ingatan berserta doa kita pada mereka, hanya sekejap-sekejap.
Itu realiti.
Monday, October 22, 2012
monolog #5
Satu ketika,
andai ku lihat tanda itu berubah
tahulah aku
rasa itu kian pudar
Pernahkah kamu dengar kisah cemburu Aisyah Humaira'?
Malangnya, beda sungguh diri dengan srikandi tercinta.
Biar hanya serpihan, mudahan masih ada yang diwarisi.
andai ku lihat tanda itu berubah
tahulah aku
rasa itu kian pudar
Pernahkah kamu dengar kisah cemburu Aisyah Humaira'?
Malangnya, beda sungguh diri dengan srikandi tercinta.
Biar hanya serpihan, mudahan masih ada yang diwarisi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
