'Kita,
tidak selamanya sekadar mahu mencipta angan yang tinggi'
Kelas ETR300, Entreprenuership.
Topik, Creativity & Innovation.
Pensyarah bercerita tentang evolusi kewujudan telefon bimbit.
Bermula dengan saiz sebesar bagasi pejabat,
kemudian versi tiga-tiga-sekupang(3310) yang dibanggakan serta sinonim dibuat baling anj-h. Apakah dosa haiwan itu ohh.
Kemudian versi 'Butterfly' yang bernada dering,
wujud lagi telefon bimbit 'sabun' dan 'pisang'
berkembang biak dilengkapi muzik, kamera, 3G dan sebagainya.
Dan, jika suatu ketika dahulu telefon bersaiz kecil begitu in sekali,
kini manusia mahukan gajet yang lebih besar.
Kata Sir Teng, mana tahu suatu masa nanti gajet sebesar meja juga tidak hairan lagi jika diletakkan di telinga.
Oh apakah.
Saat pensyarah bercerita tentang perubahan telefon bimbit,
satu kelas anak muda itu tertawa.
Termasuk aku.
Cuma kemudian, aku rasa ketawa itu hambar.
Aku sendiri, tak tahu ketawa itu untuk apa.
Ketawa untuk perkara yang pernah menjadi kebanggaan satu ketika dahulu?
Perkara yang besar suatu ketika dahulu, jadi seperti tiada makna zaman sekarang.
Seperti, tangisan untuk keputusan peperiksaan SPM dulu.
Dah jadi intipati kenangan lucu aku sekarang.
Dunia,
jangan diambil berat sehingga mematikan hati.
Ah, tidak sekata sungguh entri.
1 comment:
ketawa - sometimes kita ketawa walaupon kita sedih . i've feel it for many time
Post a Comment