Sunday, July 22, 2012

Panas terik

Assalamualaikum.
Hari ni 3 Ramadhan. Alhamdulillah 3 Ramadhan.
Kejap je nak mencoret sebab dah pukul 1. Aaa habislaa.

2 minggu sebelum Ramadhan, senior kolej aku kehilangan mak dia.
Hilang? Em. Allah jemput mak dia. Dia, sangat kuat sebab.. ayah dia pun dah tak ada sejak dua tahun lepas.
Petang sebelum Ramadhan, ayah senior SMAKL aku, dijemput Allah juga.

Bila dapat berita kematian, aku akan terdiam.
Sebab, aku tak tahu aku akan jadi sekuat mana kalau aku berada di tempat mereka.
Serius aku tak tahu.



Ramadhan ini, aku mahu cuba jadi produktif.
Productive Muslim. Kau tahu laman ini? Jom la cuba. Jadi produktif sama-sama.
30 hari, masa yang sesuai untuk berlatih sesuatu jadi kebiasaan.
Hari pertama, aku berjaya. Lepas sahur dan subuh, aku terus ke dapur dan mengelap segala bagai.
Hari kedua, selepas sahur dan subuh, aku...

Ye. Cerita bersambung untuk hari yang lain sekian.
Dan ye, aku dah hilang skil meluah rasa.
Doakan aku.

Saturday, July 14, 2012


Kadang-kadang rasa diri tak ada apa-apa, rasa sendiri dan selalu disakiti. 
Tapi apabila tengok ujian yang Allah timpakan pada orang guna mata hati, baru tersedar, ada berjuta lagi nikmat yang terlupa disyukuri. 

Ucaplah Alhamdulillah setiap hari. 
Biar banyak kali. Biar berulang kali.
Sehingga terkesan dalam hati.

'Nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kamu dustakan?' (Ar-Rahman:13)

Rentetan peristiwa benar, seorang kenalan rapat yang kehilangan emak dan ayah.
Sekelip mata.
Aku belum pernah rasa kehilangan. 
Aku tak tahu apa rasa kehilangan. 

Tapi bila insan itu menyedarkan, 
bahawa rupanya apa yang aku sedang usahakan dalam kehidupan aku ini
adalah demi kebahagiaan kedua ibu bapa aku. 
Aku dah tak mampu untuk terlalu jadi diri sendiri,
pentingkan kata hati sebab tanpa aku sedar, banyak hati yang mungkin aku terus lukai. 

Insan itu buat aku terfikir,kenapa aku belajar setiap hari, kenapa aku nak kerja yang baik. 
Ye, memang sebab Allah. 
Tapi, hadiah untuk manusia... aku memang sedang usahakan untuk mak ayah aku.
Aku nak tengok mereka tersenyum gembira dan bahagia. 

Rupanya aku belum pernah diuji sehebat itu. Ujian kehilangan, untuk mereka yang kuat. 
Bila aku balik rumah tadi, aku tatap muka mak ayah aku,
aku tahu dah tak mampu untuk terus lukakan hati mereka. Serius. 
Tak mampu jadi anak yang baik pun, mudah-mudahan aku istiqomah menwujudkan mereka dalam doa aku.